Utusan Borneo (Sabah)

Chris ungguli golf Kapten KGC

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pemain muda berbakat Christophe­r Daniel James mengunggul­i Kejohanan Golf Hadiah Kapten dan Tahun Baharu Cina KGC 2018 yang berakhir di Kinabalu Golf Club, Tanjung Aru pada Ahad.

Christophe­r menewaskan lebih 300 pemain yang menyertai kejohanan tiga hari itu untuk menjuarai kategori Gross Keseluruha­n.

Aksi dua atas par 72 pukulan menyaksika­n beliau mencatat kelebihan selesa tiga pukulan menewaskan naib johan Yahya Mohd Yusof yang mencatat 75 pukulan sambil Jakrin Basiran dengan aksi 77 pukulan menduduki tempat ketiga.

Dalam aksi Nett Keseluruha­n pula, Yazaruddin Shah Yunos beraksi cemerlang mencatat nett enam bawah par 64 pukulan untuk kelebihan tipis satu pukulan mengatasi dua pencabar terdekat untuk muncul selaku juara.

Keputusan yang sama yang dicatat oleh dua pemenang seterusnya yang mencatat nett 65 pukulan memaksa `Kiraan Semula’ (OCB) dilakukan sebelum Lim Su Hung muncul selaku naib johan diikuti Datu Masrin Datu Masri menduduki tempat ketiga.

Kategori Wanita dijuarai oleh Valerie Vanessa Langkab dengan catatan nett lapan bawah par 62 pukulan untuk selesa lima pukulan mengatasi naib johan Susie Thomas yang mencatat nett 67 pukulan sambil Rokia Daud dengan nett par golf menduduki tempat ketiga.

Kategori Senior pula menyaksika­n persaingan sengit dua pemain yang mencatat keputusan sama dengan nett lima bawah par 65 pukulan, di mana selepas OCB, Edwin Chow muncul selaku juara mengatasi naib johan Haji Arun @ Harun Mari sambil Samat Rahman muncul selaku pemenang tempat ketiga dengan nett 66 pukulan.

Percaturan pemain-pemain Super Senior yang dijuarai oleh Haji Kula Jamudin dengan aksi nett 76 pukulan untuk satu pukulan mengatasi naib johan Dr. Frederick Tsen Kyn Phin.

Kategori terakhir untuk pemainpema­in Jemputan dijuarai oleh Haji Awg Othman Pg Gamok dengan nett empat bawah par 66 pukulan untuk mengatasi naib johan Peter Tan yang mencatat nett par golf diikuti Juanis Tinggal dengan nett 71 pukulan menduduki tempat ketiga.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaika­n oleh presiden KGC Datuk Abd Razak Walli dan Kapten KGC Chua Poh Guan dengan disaksikan oleh presiden Persatuan Golf Sabah (SGA) Datuk George Bandusena, timbalan presiden SGA;Valerian Hansen Petrus, naib presiden SGA; Maximillia­n Jr. Boijol serta ahli jawatankua­sa agung KGC.

 ??  ?? CHRISTOPHE­R James (kiri) menerima hadiah juara Gross Keseluruha­n daripada Abd Razak.
CHRISTOPHE­R James (kiri) menerima hadiah juara Gross Keseluruha­n daripada Abd Razak.
 ??  ?? YAZARUDDIN Shah (kiri) menerima hadiah juara Nett Keseluruha­n daripada Poh Guan.
YAZARUDDIN Shah (kiri) menerima hadiah juara Nett Keseluruha­n daripada Poh Guan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia