Utusan Borneo (Sabah)

Abidin lawat kampung asal meskipun ada cubaan menghalang

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Ketibaan mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir di Majlis Santai Ramah-Mesra di Kg Kituntul Lama, kira-kira 6 kilometer dari pekan di sini, mendapat sambutan mesra oleh penduduk kampung berkenaan dan perkampung­an sekitarnya.

Beliau yang juga penduduk Kg Kituntul berterima kasih atas kehadiran ramai penduduk menyambut kedatangan beliau, meskipun ada individu yang cuba menghasut supaya beliau tidak dibenarkan masuk ke kampungnya itu.

“Inilah yang menyedihka­n saya. Ada individu menghalang saya masuk di kampung ini dengan tujuan yang mengeliruk­an, walhal saya penduduk di kampung ini.

“Lagipun, saya datang bukan sebagai pemimpin parti pembangkan­g tetapi sebagai saudara anda semua dan saya juga adalah ahli Upko-BN,” katanya.

Abidin yang juga Ketua Biro Perjawatan Upko Pusat dan Penolong Bendahari PRU14 Upko Paginatan menyifatka­n kehadiran ramai penduduk sebagai satu bukti keharmonia­n dan perpaduan berterusan.

Majlis yang lebih kepada pertemuan mesra itu dihadiri lebih 200 penduduk yang kebanyakan­nya adalah saudaramar­a Abidin.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat James Inggu ru, Setiausaha Sulit Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Jaibie Dualis, Pemaju Mukim Paginatan Andrew Ladat, Ketua Pemuda Komulakan Upko Ranau yang juga Timbalan Ketua Komulakan Upko Nasional Eldy Yakin Sinit, Ketua Kampung Kituntul Lama Yakin Sinit dan Pengerusi JKKK Kituntul Lama Fredolin Gabriel.

Dalam pada itu, Abidin mengulangi kenyataann­ya sebelum ini bahawa penyertaan­nya dalam parti Upko-BN adalah ikhlas untuk menabur bakti kepada masyarakat Ranau, selepas bersara setelah 40 tahun dalam perkhidmat­an awam.

“Kemasukan saya dalam bidang politik dan menyertai Upko-BN adalah ikhlas dan tidak mengharapk­an sesuatu jawatan atau mahu merebut peluang untuk menjadi calon pilihan raya, kerana itu ditentukan pucuk pimpinan parti.

“Bagaimanap­un sekiranya ada rezeki (untuk pilih menjadi calon pada pilihan raya akan datang) saya menganggap­nya sebagai satu cabaran yang harus diterima dengan hati terbuka.

“Kalau tidak kena pilih pun saya tidak berasa kecewa. Siapapun yang dipilih sebagai calon BN hendaklah kita sokong sepenuhnya,” katanya.

 ??  ?? PARA hadirin sempat merakam gambar kenangan bersama Abidin (depan, tengah) dan rombongann­ya.
PARA hadirin sempat merakam gambar kenangan bersama Abidin (depan, tengah) dan rombongann­ya.
 ??  ?? KETIBAAN Abidin (bertopi) disambut mesra penduduk.
KETIBAAN Abidin (bertopi) disambut mesra penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia