Utusan Borneo (Sabah)

PBSM Labuan hantar enam sukarelawa­n

-

LABUAN: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia Wilayah Persekutua­n Labuan telah menghantar enam orang sukarelawa­n untuk menghadiri kursus Training Of Trainers Siri ke-4 tahun 2018 bagi program First Aid Training Harmonisat­ion (FATH) dan Health & Hygiene Promotion (H&H).

Mereka ialah Pengarah BSMM WP Labuan Christine Mungge, MA Hospital Labuan Viveken Krishnan, Setiausaha Kehormat BSMM Nor Abizah Tadin, kakitangan Asian Supply Base Sdn Bhd Japariddin Yunus, Pegawai Perbadanan Labuan Hussin Hassim dan Mazdi Salleh yang bekerja sendiri.

Pengerusi PBSM Labuan Sahar Misron berkata kursus itu telah dianjurkan oleh Internatio­nal Committee of the Red Cross (ICRC) dengan kerjasama Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia negeri Sabah yang diadakan selama tiga hari dua malam di Beaufort, Sabah.

Selain wakil Wilayah Persekutua­n Labuan, turut serta di dalam program itu adalah wakil dari daerah Kuala Penyu (empat orang), Beaufort (satu orang), Sipitang (lima orang) dan Papar (lima orang).

Antara pengisian program adalah bagaimana memperkena­lkan diri dan BSMM kepada komuniti, penyampaia­n program FATH dan H&H dengan baik, ilmu Asas Pertolonga­n Cemas yang sesuai kepada masyarakat sekeliling dengan menggunaka­n bahan dan peralat anyang mudah terdapat di sekeliling serta cara-cara pegurusan dokumentas­ian untuk pelaksanaa­n program FATH dan H&H di kawasan dan daerah masing-masing.

Para peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk menjalani latihan dalam kumpulan untuk setiap topik yang dibincangk­an dan dibentangk­an di hadapan para panel dan peserta sendiri.

Tujuan latihan adalah untuk mendedahka­n kepada peserta akan situasi sebenar sekiranya peserta FATH dan H&H membuat program itu di kawasan dan daerah masing-masing.

Latihan itu juga adalah bagi melatih peserta menjadi seorang fasilitato­r yang baik dan tenang apabila berhadapan masyarakat ketika mengajar.

Ia adalah untuk penyampaia­n yang lebih jelas dan mudah difahami oleh masyarakat.

Kursus telah berakhir sekitar jam 1.30 petang dengan majlis penyampaia­n sijil penyertaan dan sesi bergambar beramai-ramai.

Sahar berkata PBSM Labuan akan menghantar lebih ramai sukarelawa­n untuk mendapat tauliah kejurulati­han pada masa hadapan.

 ??  ?? PEGAWAI ICRC Sabah Regula Frey (empat kiri), Pegawai ICarC Sabah Dominic dan Pengerusi BSMM Sabah Asnan Yunus Chung bersama peserta kursus.
PEGAWAI ICRC Sabah Regula Frey (empat kiri), Pegawai ICarC Sabah Dominic dan Pengerusi BSMM Sabah Asnan Yunus Chung bersama peserta kursus.
 ??  ?? PEGAWAI ICRC Sabah Regula Frey (empat kiri), Pegawai ICarC Sabah Dominic dan Pengerusi BSMM Sabah Asnan Yunus Chung.
PEGAWAI ICRC Sabah Regula Frey (empat kiri), Pegawai ICarC Sabah Dominic dan Pengerusi BSMM Sabah Asnan Yunus Chung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia