Utusan Borneo (Sabah)

Jenazah Mohd Raus selamat dikebumi

-

SEREMBAN: Jenazah bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Raus Borhan, 72, selamat dikebumika­n di Makam Tuan Haji Said di sini, pukul 11.15 pagi Isnin.

Allahyarha­m meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) pukul 3.45 pagi tadi akibat penyakit strok otak. Beliau meninggalk­an seorang isteri, Farida Jehan.

Kira-kira 200 anggota keluarga dan sahabat handai hadir menziarahi jenazah Allahyarha­m di sini.

Terdahulu, jenazah disembahya­ngkan di Masjid Paroi Jaya dekat sini pukul 10.30 pagi.

Sementara itu, adik Allahyarha­m, Roslan Borhan, 57, berkata kesihatan abangnya mula merosot sejak enam bulan lepas.

“Sejak dikesan menghidap penyakit strok otak, kegiatan Allahyarha­m sangat terbantut dan beliau dimasukkan ke HTJ dua bulan sebelum menghembus­kan nafas terakhirny­a di sisi anggota keluarga.

“Semasa hayatnya, arwah seorang yang sangat penyayang dan banyak berhabis duit untuk keluarga, seperti perbelanja­an melanjutka­n pelajaran adik-adiknya di luar negara, banyak yang dibiayai olehnya,” katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Roslan berkata semasa abangnya bekerja di Bernama, Allahyarha­m merupakan seorang daripada pengurus besar yang meletakkan asas kukuh yang menjadikan Bernama sebuah agensi berita yang disegani dan berdaya maju.

Mohd Raus, yang berasal dari Kuala Pilah, merupakan anak kedua daripada sembilan beradik. Beliau berkhidmat dengan Bernama selama tujuh tahun bermula pada 11 Mac 1991. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia