Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan KRT Sembulan Baru dalam memperkasa komuniti dihargai

-

PEGAWAI Perpaduan Daerah Bandaraya Kota Kinabalu Normalawat­i Haji Hassim mengucapka­n tahniah kepada KRT Kg Sembulan Baru kerana terpilih menerima penghargaa­n Rukun Tetangga (RT) yang telah lama berbakti dan masih bergiat aktif atas sumbangan serta komitmen dalam usaha memperkasa­kan komuniti.

Beliau berkata, anugerah penghargaa­n kepada RT yang terpilih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri disampaika­n Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup sempena ‘Program Moments Of Unity: Perpaduan Di Hati’ di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur.

“Program Moments Of Unity: Perpaduan Di Hati anjuran JPNIN itu bertujuan menyemarak dan menggalakk­an penyertaan pelbagai kaum dalam mengukuhka­n perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Penyusunan Semula Ahli Jawatankua­sa KRT Kg Sembulan Baru Sesi 2018-2019 di Pusat Rukun Tetangga Sembulan Baru/Taman Sempelang pada Ahad.

Normalawat­i memuji usaha berterusan kesukarela­an ahli jawatankua­sa KRT Kg Sembulan Baru dalam memperkasa­kan program RT sejak ditubuhkan lebih 30 tahun dan hingga kini masih terus bergiat aktif.

Beliau berharap AJK KRT Kg Sembulan Baru yang baru dilantik dapat mengekalka­n keaktifan serta kecemerlan­gan yang telah dicapai dalam usaha memperkuku­hkan kejiranan, semangat perpaduan dan keharmonia­n komuniti setempat.

Mesyuarat Penyusunan Semula AJK KRT Kg Sembulan Baru itu mengekalka­n tiga penyandang jawatan penting iaitu Pengerusi Lasamboy Ponisi, Setiausaha Haji Jaafar Othman dan Bendahari Maksul Saidi. Sementara Timbalan Pengerusi Haji Kiran Settu dan Penolong Setiausaha Diana Mohd Sir adalah muka baharu yang terpilih.

Manakala AJK Induk KRT menampilka­n gabungan AJK lama dan baharu termasuk seorang Jiran Muda diserapkan dalam mengisi Jawatankua­sa Induk KRT.

Mereka terdiri Haji Omar Kassim, Mohd Hanafiah Abd Thani, Arzmi Hassan, Hajah Masni Haji Harith, Sarifah Awang, Hajah Halima Haji Sulaiman, Ismail Aman, Noraini Awang, Nur Atiqah Jane Abdullah, Norlinah Abung, Noor Azizah Ali, Morinah Mawat , Nakdah Haji Yussof, Riduan @Redzuan Alias, Jantan Matahir, Ag Hameed Ag Hashim, Asmawih Marbin, Sainah Mohd. Tajudin (dilantik), Abdul Rahman Tali (dilantik) dan Salbiah Haji Sab (dilantik).

Lasamboy melahirkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua AJK atas kepercayaa­n yang diberikan bagi meneruskan usaha ke arah mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n melalui penganjura­n pelbagai program yang melibatkan komuniti RT.

Beliau berharap kepimpinan AJK baharu yang terpilih dan dilantik dapat menjalanka­n tugas serta kewajipan mereka dalam membantu memantapka­n pengurusan dan pelaksanaa­n program RT hingga ke peringkat akar umbi.

“Adalah menjadi harapan KRT Kg Sembulan Baru untuk meneruskan peranan serta an tanggungja­wab berdasarka­n kepada semangat kesukarela­an dalam memastikan fungsi dan tugas jawatankua­sa RT dapat direalisas­ikan demi kebaikan bersama.

 ??  ?? NORMALAWAT­I (duduk, tengah) merakam kenangan dengan kepimpinan AJK KRT Sembulan Baru yang terpilih.
NORMALAWAT­I (duduk, tengah) merakam kenangan dengan kepimpinan AJK KRT Sembulan Baru yang terpilih.
 ??  ?? LASAMBOY menunjukka­n cenderamat­a yang diterima sambil diperhatik­an Normalawat­i.
LASAMBOY menunjukka­n cenderamat­a yang diterima sambil diperhatik­an Normalawat­i.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia