Utusan Borneo (Sabah)

Usaha murni kerajaan membantu kurang beban rakyat diteruskan

-

SPAOH: Usaha murni kerajaan membantu mengurangk­an beban rakyat terutama di luar bandar akan diteruskan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pelbagai program dirancang untuk memberi manfaat kepada rakyat.

“Setiap program perlu diteliti sebelum pelaksanaa­n agar manfaat yang diinginkan selari dengan kejayaan dimahukan.

“Oleh itu, di peringkat pelaksana kita harus bersedia agar sesuatu program yang dilaksana itu tidak memberi kesan negatif kepada rakyat,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 Peringkat Parlimen Betong di Tapak Pasar Tani Spaoh di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, program diusahakan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) melibatkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen terbabit.

“Hasil daripada program ini mendapati harga diberi kepada rakyat jauh lebih murah daripada harga jualan biasa dan KPDNKK memberi subsidi harga beberapa barang kawalan.

“Banyak program seperti Program Satu Harga dilaksanak­an di Sabah dan Sarawak dan kita melihat ada kesamaan harga sesuatu barang di antara bandar dan kawasan pedalaman dengan subsidi pengangkut­an diberi kerajaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meminta kerajaan menimbang tambahan barang termasuk baja-baja untuk petani dimasukkan dalam program tersebut bagi membantu petani membeli dengan harga sama seperti di bandar.

“Saya akan berbincang dengan menteri berkaitan untuk setiap kenderaan menghantar barang ke pedalaman balik dengan kosong dan menggunaka­n peruntukan sama supaya dapat membawa barang keluaran rakyat dari kawasan terbabit dijual ke bandar tanpa membayar tambang,” katanya.

Dengan itu, katanya kos harga barang jualan rakyat pedalaman akan dapat bersaing dengan harga di bandar-bandar utama.

 ??  ?? SALAH seorang wakil menerima cek MRP yang disampaika­n Uggah pada majlis tersebut.
SALAH seorang wakil menerima cek MRP yang disampaika­n Uggah pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia