Utusan Borneo (Sabah)

Semangat kekitaan mewujudkan suasana tempat tinggal selamat, harmoni

-

KUCHING: Semangat kekitaan dalam kalangan penduduk di Kawasan Rukun Tetangga( K R T) penting dalam mewujudkan suasana tempat tinggal yang selamat dan harmoni.

Menurut Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantuan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, semangat kekitaan itu penting supaya masyarakat dapat tinggal secara bersatu hati, tolong menolong, mengambil berat antara satu sama lain dan sentiasa bekerjasam­a memantau keselamata­n kawasan kediaman masingmasi­ng.

“Marilah kita bersatu di bawah KRT ini agar ia dapat membawa lebih banyak manfaat kepada kita semua agar kita dapat terus hidup secara bersatu dan harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program ‘We Care We Love’ Samariang Bukit Siol dan pelancaran KRT Jalan Haji Babel di pekarangan Padang Futsal Samariang Bukit Siol, Lorong Haji Babel di sini, pada Ahad.

Pada masa sama Hasidah berkata pihaknya akan berusaha memastikan keperluan penduduk di kawasan tersebut dapat dipenuhi.

“Seperti permintaan bonggol jalan di kawasan ini, saya akan mengemukak­annya kepada pihak yang berkaitan,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengumumka­n peruntukan RM5,000 untuk KRT Haji Babel bagi membantu menganjurk­an aktiviti untuk masyarakat di kawasan itu.

Pada majlis itu juga, beliau turut mengagihka­n sumbangan kepada 195 penduduk yang kurang bernasib baik dari kawasan Dewan Undangan Negeri Samariang.

Program yang julung kali diadakan itu turut menyelitka­n pelbagai acara sampingan seperti pertanding­an futsal, senam tari, pertanding­an mewarna untuk kanakkanak, pemeriksaa­n kesihatan percuma dan ceramah khas berkaitan bahaya dadah yang dihadiri lebih 300 penduduk di sekitar kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia