Utusan Borneo (Sabah)

SRSP bakal ganti JBM Production

- Oleh JOHN TAMBANAN

JBM Production sekali lagi melangkah setapak ke hadapan apabila syarikat rakaman itu menubuhkan sebuah lagi syarikat baharu iaitu Sabahan Recording Sound Production (SRSP).

Syarikat baharu ini bakal menggantik­an JBM Production pada masa akan datang.

Majlis pelancaran logo dan nama syarikat baharu telah pun dilancarka­n serentak dengan majlis pelancaran album single terbaharu Jack Beech yang ke-8 yang dirasmikan oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Moyog Datuk William Sampil, bertempat di Balai Raya Kg Koidupan, Penampang pada Sabtu.

Menurut Jack Beech selaku pengurus kepada JBM Production, tujuan penubuhan SRSP adalah sebagai sebuah syarikat rakaman tempatan yang mengurus dari segi rakaman, cetakan, penerbitan, promosi sehinggala­h membantu artis-artis tempatan memasarkan album mereka.

SRSP telah pun didaftarka­n dan bakal diterajui oleh dua gandingan artis tempatan iaitu Jack Beech dan James Sham.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian oleh William, beliau memuji usaha JBM Production selama ini yang tidak berputus asa menerbitka­n lagu-lagu tempatan dan seterusnya melangkah ke hadapan dengan menubuhkan sebuah lagi syariat rakaman yang mempunyai fungsi lebih meluas dalam bidang industri muzik khususnya di Sabah.

“Melalui penghasila­n lagu-lagu tempatan, syarikat dan artis rakaman sedikit sebanyak dapat membantu mempromosi­kan bahasa ibunda dan budaya Kadazandus­un kepada bangsa lain bukan sahaja di

Sabah tetapi juga di luar negara,” katanya.

William berkata, sumbangan syarikat rakaman dan artis tempatan sangat penting dalam industri muzik tempatan dan beliau tiada masalah tetapi akan sentiasa memberi sokongan kepada golongan itu demi pembanguna­n industri muzik tempatan di Sabah.

Beliau juga bersetuju untuk menjadi penaung kepada SRSP dan seterusnya menjadi ahli dalam kumpulan keluarga ahli SRSP.

Menyentuh album single terbaharu Jack Beech yang ke-8, ia mengandung­i sebanyak 14 lagu termasuk Trek Bonus Tarian Pian Sino Kadazan Mambakut.

Antara lagu hits yang bakal menjadi tarikan kepada para pendengar ialah Joselyn Tondu Penampang dan Berian 60/70 ribu.

Jack Beech turut memilih James Sham sebagai artis jemputan dalam album ini dengan membawa lagu bertajuk Hangad Ku Diau dalam bahasa Kadazan. Album ini kini berada dalam pasaran dan boleh diperolehi dalam bentuk Audio CD dan MTV Karaoke masing-masing dengan harga RM19.90 dan RM23.90 seunit.

 ??  ?? JACK Beech (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada William, diperhatik­an oleh ahli JBM Production yang hadir.
JACK Beech (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada William, diperhatik­an oleh ahli JBM Production yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia