Utusan Borneo (Sabah)

‘Kekasih Paksa Rela’ tambat hati 11 juta penonton

-

SLOT Akasia sekali lagi menambat hati 11 juta penonton dengan ‘Kekasih Paksa Rela’ yang telah pun melabuhkan tirainya pada 12 Februari.

Membawa cogan kata ‘Terpaksa mencintai, Terlanjur Menyayangi’, drama bukan adaptasi novel terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd ini membariska­n pelakonpel­akon hebat seperti Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, dan ramai lagi.

Drama yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman ini bersiaran selama 28 epsiod sejak 26 Disember 2017 dan telah mencipta fenomena tersendiri apabila menjadi ‘kegilaan’ penonton setia slot Akasia setiap kali ke udara.

Rating terkumpul untuk semua episod ‘Kekasih Paksa Rela’ ini berjumlah 11 juta penonton dan episod akhir yang bersiaran pada 12 Februari 2018 telah mencecah 3.8 juta penonton (sumber: Nielsen Audience Measuremen­t).

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, “Kami bersyukur kerana drama kami terus mendapat sokongan padu daripada peminat-peminat slot Akasia melalui drama Kekasih Paksa Rela ini.

“Sekali lagi, slot Akasia dapat mempertaha­nkan rekodnya sebagai slot drama yang ditonton ramai. Bukan sahaja itu, tandapagar #kekasihpak­sarela juga telah digunakan sepanjang waktu bersiaran sehinggaka­n ia menjadi sohor kini hampir setiap episod, di alam maya.

“Oleh itu, seruan saya kepada masyarakat adalah untuk terus menyokong karya-karya hebat tempatan, terutamany­a dengan menonton drama terbaharu di slot Akasia iaitu ‘Tiada Arah Jodoh Kita’,” tambahnya.

Drama ‘Kekasih Paksa Rela’ ini berkisarka­n Adham (Remy Ishak) & Rosnaida (Ain Edruce) yang bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujua­n Dato’ Azman, iaitu ayah Adham.

 ??  ?? WAKIL JERMAN: Penyanyi Jerman Michael Schulte berucap selepas dipilih sebagai wakil Jerman ke Eurovision Song Contest (ESC) pada 22 Februari lepas di Berlin semasa pentas akhir kebangsaan untuk edisi 2018 pertanding­an itu. Pertanding­an Eurovision yang...
WAKIL JERMAN: Penyanyi Jerman Michael Schulte berucap selepas dipilih sebagai wakil Jerman ke Eurovision Song Contest (ESC) pada 22 Februari lepas di Berlin semasa pentas akhir kebangsaan untuk edisi 2018 pertanding­an itu. Pertanding­an Eurovision yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia