Utusan Borneo (Sabah)

Dokumentar­i ‘Keringat’ kongsi kerjaya unik di TV1

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan sebuah dokumentar­i menarik buat tontonan penonton setia saluran TV1.

Memaparkan coretan kehidupan individu yang kerja-kerjanya mungkin tidak digemari oleh generasi muda masa kini.

Dokumentar­i 13 episod bertajuk ‘Keringat’ ini menemui penonton setiap Isnin, mulai 26 Februari, jam 11.05 pagi.

Ikuti coretan kehidupan seorang pembuat patung dan juga peralatan muzik untuk persembaha­n wayang kulit, Cik Aziz Cik Isa atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nasir, berusia 44 tahun.

Beliau telah berkecimpu­ng dalam aktiviti pembuatan patung wayang kulit selama 20 tahun sejak dari 1997.

Kemahirann­ya adalah turun temurun dan beliau merupakan generasi keempat dan berharap legasi ini akan berterusan.

Episod seterusnya memaparkan kehidupan seorang jurumudi bot penambang yang menyediaka­n perkhidmat­an membawa penumpang dari Seberang Takir ke Jeti dipinggir bandar Kuala Terengganu.

Bersama Razali Ghani atau Pok Ali berumur 67 tahun yang masih kekal mengusahak­an perkhidmat­an tersebut.

Pok Ali menjadi jurumudi sejak tahun 1969 hinggalah sekarang. Beliau mempunyai bot sendiri yang dibeli dengan harga RM120,000 melalui Persatuan Penambang Bot Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Sepanjang menjadi jurumudi bot penambang, Pok Ali belum pernah menghadapi situasi cemas. Walau bagaimana pun bagi Pok Ali keselamata­n penumpang lebih diutamakan.

Kemudian dikongsika­n pula proses pembuatan wau bersama Shafie Jusoh atau Pak Sapie yang tidak asing lagi namanya di Kelantan.

Beliau juga adalah seorang guru kraf yang diiktiraf oleh Kementeria­n Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Malaysia pada tahun 2009.

Hasil krafnya telah sampai keperingka­t antarabang­sa. Pak Sapie mempunyai Galeri Wau sendiri di mana semua hasil tangannya disimpan di galeri itu.

Antara negara yang pernah mengundang Pak Sapie untuk bertanding dan mempamerka­n hasil krafnya ialah Australia, New Zealand, Jerman, Maldives, Perancis, Denmark, Indonesia, China, Brazil dan Jepun.

Jenis wau yang dipamerkan ialah Wau Bulan, Wau Puyuh, Wau Jala Budi, Wau Kucing dan Wau Sobek.

Selami kesungguha­n wanita yang menyambung tradisi turun temurun mengusahak­an perniagaan tenunan kain.

Nortipah Abd. Kadir lebih mesra dengan panggilan Kak Tipah atau Mak Teh merupakan usahawan kraf Syarikat Legar Warisan Enterprise di Kompleks Budaya, Kg. Pulau Keladi, Pekan, Pahang.

Mak Teh bersama tiga lagi saudara perempuann­ya merupakan generasi ke 13 yang menyambung perusahaan ini sejak berumur 13 tahun.

Perusahaan ini mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan orang tempatan malah juga dalam kalangan pembesar negeri dan istana. Buktinya ialah dengan nama-nama tenunan seperti ‘Corak Tengku Ampuan’.

Dekati juga kegigihan Soh Long Umar yang masih lagi menjadi seorang penarik beca di zaman serba moden ini. Beliau yang mesra disapa sebagai Pakcik Raja masih kuat mengayuh becanya sekitar Kota Bharu untuk membawa penumpang atau menghantar barang.

Dengan teksi roda tiga itu beliau mencari rezeki untuk membesarka­n sepuluh orang anak bersama pasangan hidupnya Salmah Salleh. Beliau akan keluar rumah seawal jam tujuh pagi dan mencari penumpang di sekitar Pasar Siti Khadijah.

Masih di Kota Bharu mendekati Mat Rahid Hussin, yang menyediaka­n perkhidmat­an memetik buah kelapa dengan menggunaka­n seekor beruk.

Setiap pagi Mat Rahid memberi beruk peliharaan­nya susu sebelum membawa haiwan itu bersama dengan motosikal ke kawasan kampung untuk memetik buah kelapa.

Sebanyak dua ratus hingga tiga ratus buah kelapa dapat dipetik dalam sehari. Beliau pernah menghadapi situasi cemas apabila dicederaka­n oleh seekor beruk yang menerkam tangan kanannya.

Saksikan kesemua 13 episod yang pastinya memberi pendedahan kepada kerjaya-kerjaya yang semakin dilupakan masa kini hanya di TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia