Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Pegalungan nikmati harga barangan rendah

- Oleh DELLROY

NABAWAN: Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang menawarkan harga barangan keperluan harian jauh lebih murah daripada harga biasa akan diterus diadakan tiga bulan sekali bagi kawasan Parlimen Pensiangan.

Senator Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamad Yassin berkata, ia berikutan sambutan baik masyarakat setempat terhadap program itu yang mampu meringanka­n beban selain dapat menjimatka­n wang perbelanja­an seisi keluarga.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di daerah kecil Pegalungan di sini pada Ahad.

Beliau yang juga ketua bahagian Umno Pensiangan berkata, karnival yang dilaksanak­an di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) itu bertujuan memberi peluang kepada penduduk menikmati harga yang murah dan berpatutan.

“Karnival ini amat bertepatan kerana ia lebih sesuai sebagai medium yang paling baik untuk mendekati rakyat di samping membantu mereka mendapatka­n keperluan dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ghani berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menambah peruntukan untuk karnival itu.

Jelasnya, karnival yang diadakan di Pagalungan itu adalah kali kedua di Parlimen Pensiangan berikutan sambutan yang amat menggalakk­an pada karnival yang diadakan di Nabawan, baru-baru ini.

 ??  ?? SALAH seorang penduduk yang bertuah memenangi hadiah basikal cabutan tiket bertuah.
SALAH seorang penduduk yang bertuah memenangi hadiah basikal cabutan tiket bertuah.
 ??  ?? BEBERAPA penduduk bergambar kenangan selepas membeli-belah barangan keperluan pada karnival itu.
BEBERAPA penduduk bergambar kenangan selepas membeli-belah barangan keperluan pada karnival itu.
 ??  ?? GHANI menanyakan sesuatu dengan penduduk kampung pada karnival ini.
GHANI menanyakan sesuatu dengan penduduk kampung pada karnival ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia