Utusan Borneo (Sabah)

Rose Homestay Ponohuan Rainforest sedia pelbagai aktiviti menarik

Rose Homestay Ponohuan Rainforest sedia pelbagai aktiviti menarik dengan suasana kampung

-

PASARAN inap desa (homestay) yang dilihat semakin berkembang memberi keyakinan kepada Rose Saikun, 48, memberanik­an diri menceburi bidang berkenaan.

Berbekalka­n sokongan keluarga dan anak-anak, impian melihat Rose Homestay Ponohuan Rainforest ditubuhkan menjadi kenyataan pada penghujung tahun lalu.

Ibu kepada lima orang anak ini merasa bertuah kerana segala usaha yang dicurahkan selama ini membuahkan hasil apabila masyarakat tempatan mula berkunjung ke inap desa itu.

Rose Homestay yang terletak di Kampung Kambizaan, Papar ini memuatkan dua buah bilik yang lengkap dengan dua dapur serta dua tandas.

Inap desa yang berada di tebing sungai ini turut menyediaka­n pelbagai aktiviti untuk pengunjung seperti river tubing, bermain ayunan atas air serta berakit.

Kemudahan lain yang disediakan di situ termasukla­h beranda terapung yang akan dipasang apabila ada tempahan. Kadar sewa beranda terapung ini bergantung kepada tempoh masa yang dikehendak­i pelanggan. Sewanya bermula pada RM30 sejam.

Untuk pengunjung yang gemar berhibur, khidmat karaoke turut disediakan secara percuma buat mereka yang menginap di situ.

Selain mereka yang menginap di situ, orang ramai juga boleh datang untuk berkelah bersama keluarga. Peralatan untuk BBQ juga turut disewakan kepada pengunjung.

Wanita yang pernah berkerja sebagai penoreh getah dan pekebun ini menyimpan hasrat untuk melihat aktiviti pelanconga­n seperti inap desa di kawasan Papar ini terus berkembang bagi membolehka­n pengusaha kecil-kecilan sepertinya terus memperoleh manfaat.

Katanya antara aktiviti yang boleh dipelajari pengunjung di Rose Homestay termasukla­h membuat rambat.

“Untuk orang bandar, pengalaman tinggal di kawasan inap desa dengan suasana kampung dan sungai sebegini pasti memberikan suatu kelainan kepada mereka.

“Pengunjung yang menginap di sini turut diajar membuat rambat atau pukat secara percuma sekiranya mereka ingin belajar cara membuatnya,” kata Rose ketika dihubungi Utusan

Borneo, baru-baru ini. Menurutnya selain penginapan, kawasan Ponohuan Rainforest ini turut menyediaka­n kedai runcit yang diusahakan oleh keluargany­a sendiri.

Pada Mac ini, sebuah kafe akan turut dibuka untuk memudahkan pengunjung mendapatka­n bekalan makanan dan minuman ketika berada di inap desa itu.

Katanya, beliau juga merancang untuk membuka kedai pakaian terpakai berhampira­n inap desa itu tidak lama lagi sebagai perniagaan sampingan.

Rose berharap agar inap desa yang diusahakan itu bukan sahaja akan dikunjungi masyarakat tempatan tetapi juga, pelancong luar.

Antara aktiviti yang boleh dipelajari pengunjung di Rose Homestay termasukla­h membuat rambat. Untuk orang bandar, pengalaman tinggal di kawasan inap desa dengan suasana kampung dan sungai sebegini pasti memberikan suatu kelainan kepada mereka. Pengunjung yang menginap di sini turut diajar membuat rambat atau pukat secara percuma sekiranya mereka ingin belajar cara membuatnya.

ROSE SAIKUN

Pemilik homestay

 ??  ??
 ??  ?? BERMAIN rakit antara aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung apabila datang ke Ponohuan Rainforest ini. BERANDA terapung yang turut disediakan di Rose Homestay.
BERMAIN rakit antara aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung apabila datang ke Ponohuan Rainforest ini. BERANDA terapung yang turut disediakan di Rose Homestay.
 ??  ??
 ??  ?? PENGUNJUNG yang datang mandi sungai menggunaka­n pelampung yang disediakan.
PENGUNJUNG yang datang mandi sungai menggunaka­n pelampung yang disediakan.
 ??  ?? PELANTAR buluh yang disediakan untuk mereka yang ingin terjun ke sungai.
PELANTAR buluh yang disediakan untuk mereka yang ingin terjun ke sungai.
 ??  ?? ROSE Homestay mengekalka­n ciri-ciri tradisiona­l yang menggunaka­n buluh.
ROSE Homestay mengekalka­n ciri-ciri tradisiona­l yang menggunaka­n buluh.
 ??  ?? ANTARA pengunjung yang pernah berkunjung ke inap desa berkenaan.
ANTARA pengunjung yang pernah berkunjung ke inap desa berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia