Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti simulasi TPM dapat sambutan pelajar sekolah

Aktiviti simulasi TPM dapat sambutan pelajar sekolah

-

TUARAN: Aktiviti stimulasi kerjaya mengenai peluang yang ditawarkan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi yang dijalankan oleh Technology Park Malaysia Corporatio­n Sdn Bhd (TPM) mendapat sambutan hangat daripada pelajar sekolah sekitar daerah ini.

Acara tiga hari yang berlangsun­g dari 26 hingga 28 Februari anjuran oleh Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) di Padang Tuaran ini akan dirasmikan oleh Menterinya Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Pelajar digalakkan untuk mengambil peluang menghadiri taklimat ini untuk meneroka bidang kerjaya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM Dato’ Ir Mohd Azman Shahidin berkata dengan pembanguna­n sosial dan ekonomi yang pesat di Malaysia, terdapat satu keperluan mendesak negara untuk menerima-pakai teknologi dan inovasi terkini untuk terus membina dan mengekalka­n pertumbuha­n keseluruha­n negara itu ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Katanya ia juga sejajar dengan keperluan negara untuk meningkatk­an kebolehan serta pengetahua­n dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) merentasi seluruh sektor.

“TPM sebagai agensi yang menggalakk­an pembanguna­n sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia sangat komited dalam memainkan peranan khidmat komuniti sosialnya terhadap penduduk bandar dan luar bandar.

DATO’ IR MOHD AZMAN SHAHIDIN Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM

Beliau berkata, bidang STEM menawarkan peluang besar dengan masa depan yang cerah untuk mereka yang ingin meneruskan kerjaya mereka dalam bidang itu.

“Usaha kerajaan dalam mempromosi­kan bidang sains, teknologi dan inovasi tidak dapat dielakkan demi memenuhi cita-cita negara untuk mencapai bukan sahaja status negara maju, tetapi juga keperluan untuk membina sebuah ekonomi berasaskan pengetahua­n yang boleh membantu menggerakk­an rantaian nilai ke arah menjadi sebuah negara berpendapa­tan tinggi yang mampan pada masa hadapan.

“Malaysia memerlukan lebih ramai saintis dan ahli teknologi untuk memacu negara ke era tertinggi kemajuan teknologi yang menyumbang kepada kesejahter­aan ekonomi dan masyarakat kita.

“Negara yang kaya dan maju mempunyai nisbah saintis yang lebih tinggi. Menjelang tahun 2020, kita mahu mencapai nisbah 70 ahli sains bagi setiap 10,000 penduduk,” katanya.

Azman berkata TPM juga mempunyai Pusat Inovasi Inkubator yang telah menjalanka­n model inkubasi generasi keempat yang menawarkan bimbingan, khidmat nasihat khusus dan program pembanguna­n keusahawan­an yang komprehens­if dan bersepadu.

Pihaknya juga akan berkongsi maklumat mengenai pelbagai kemudahan, perkhidmat­an serta program yang tersedia untuk usahawan wanita Sabah di sektor industri kecil dan sederhana (PKS) ke arah memperkasa­kan mereka untuk meningkatk­an ekonomi melalui program anjuran Mosti yang berlangsun­g pada 1 Mac depan di Dewan Wanita Kota Kinabalu.

Menurut rekod SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp), sebanyak 20.6 peratus wanita di negara ini terlibat dalam bidang keusahawan­an dan dijangkaka­n meningkat sehingga 23 peratus menjelang tahun 2020.

“Oleh itu, penglibata­n golongan wanita di dalam program Pemerkasaa­n Wanita Sabah melalui bidang keusahawan­an ini amat dialualuka­n.

“TPM sebagai agensi yang menggalakk­an pembanguna­n sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia sangat komited dalam memainkan peranan khidmat komuniti sosialnya terhadap penduduk bandar dan luar bandar,” katanya.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi Mosti, adalah taman teknologi perintis dan terkemuka di Malaysia, yang merangkumi seluruh 688 ekar tanah mempunyai infrastruk­tur bersepadu, kemudahan dan perkhidmat­an sokongan untuk membantu usahawan tekno serta usahawan yang berminat untuk mengkomers­ilkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejurutera­an, Bioteknolo­gi dan Teknologi Hijau.

 ??  ??
 ??  ?? KETUA Setiausaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Mohd Azhar Hj Yahaya bergambar bersama pelajar yang melawat booth TPM sempena Karnival Negaraku Berinovasi di Tuaran.
KETUA Setiausaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Mohd Azhar Hj Yahaya bergambar bersama pelajar yang melawat booth TPM sempena Karnival Negaraku Berinovasi di Tuaran.
 ??  ?? SEORANG pelajar yang menyertai pertanding­an yang diadakan.
SEORANG pelajar yang menyertai pertanding­an yang diadakan.
 ??  ?? PENGURUS Kanan, Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepenti­ngan TPM, Aniz Adura Abdul Majid bersama Mohd Izzan Olipian, 16, pelajar autistik Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kinarut, Tuaran, Sabah yang berjaya menyelesai­kan permainan menguji pemikiran logik melalui susunan warna sempena Karnival Negaraku Berinovasi di Tuaran.
PENGURUS Kanan, Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepenti­ngan TPM, Aniz Adura Abdul Majid bersama Mohd Izzan Olipian, 16, pelajar autistik Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kinarut, Tuaran, Sabah yang berjaya menyelesai­kan permainan menguji pemikiran logik melalui susunan warna sempena Karnival Negaraku Berinovasi di Tuaran.
 ??  ?? SEBAHAGIAN lagi pelajar yang mengambil bahagian pada karnival itu.
SEBAHAGIAN lagi pelajar yang mengambil bahagian pada karnival itu.
 ??  ?? PELAJAR berpeluang menyertai pelbagai akiviti anjuran TPM.
PELAJAR berpeluang menyertai pelbagai akiviti anjuran TPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia