Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu teksi didenda RM4,000, tumbuk bonet kenderaan

Akibat menumbuk bonet kenderaan hingga kemek

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Tindakan seorang pemandu teksi yang menumbuk bonet kenderaan milik seorang lelaki sehingga kemek, mengakibat­kannya didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ding Yung Sin, 48, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara antara setahun hingga lima tahun atau denda, atau keduaduany­a.

Tertuduh merosakkan kenderaan milik seorang lelaki berusia 35 tahun, pada 27 Januari jam 10.40 pagi di hadapan sebuah hotel di Penampang.

Jika gagal membayar denda terbabit, mahkamah mengarahka­n penjara selama 12 bulan dikenakan.

Pada hari kejadian, semasa pengadu menuju ke Kota Kinabalu, tertuduh yang memandu kereta jenis Toyota Avanza yang berada di lorong kiri secara tiba-tiba ke kanan, tanpa memberikan isyarkat.

Pengadu yang terkejut membunyika­n hon kenderaann­ya, kerana membuatkan­nya hampir melanggar belakang kenderaan berkenaan.

Lalu tertuduh yang menghentik­an kenderaann­ya terus turun dan memaki pengadu, dengan mengeluark­an kata-kata ugutan.

Tertuduh bertindak menumbuk bonet kenderaan milik pengadu, disamping menyatakan tidak takut sekiranya pengadu ingin membuat laporan polis.

Pengadu akhirnya membuat laporan polis pada hari sama, untuk tindakan dan tuntutan ganti rugi.

Pendakwaan itu dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Mohd Rasydan Jasni.

Tertuduh merosakkan kenderaan milik seorang lelaki berusia 35 tahun, pada 27 Januari jam 10.40 pagi di hadapan sebuah hotel di Penampang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia