Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf Jalan Persekutua­n FT006 kurangkan kesesakan di Teluk Kumbar

-

GEORGE TOWN: Jalan Persekutua­n FT006 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang yang selesai dinaiktara­f dekat sini bukan sahaja dapat mengurangk­an kesesakan ketika waktu puncak tetapi turut memendekka­n tempoh perjalanan bagi pengguna di kawasan itu.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata projek yang menelan kos RM207.7 juta sepanjang tiga kilometer itu adalah kesinambun­gan daripada pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah beroperasi.

“Kita harap dengan siapnya jalan ini kita akan dapat kebaikan dari segi menjimatka­n waktu perjalanan kerana dulu setengah jam ataupun mungkin lebih kalau kesesakan lalu lintas, sekarang ini hanya ambil masa lebih kurang 10 minit.

“Ini adalah keselesaan yang kerajaan boleh beri kepada rakyat walaupun belanjanya cukup tinggi. Jadi, kalau ada kata-kata sebelum ini bahawa kerajaan persekutua­n menganakti­rikan, tidak ambil peduli Pulau Pinang ini adalah bukti kita menepati janji,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan jalan itu, di sini pada Isnin.

Beliau berkata projek itu akan menjadi pemangkin kepada pembanguna­n yang lebih intensif di kawasan Teluk Kumbar dan Balik Pulau memandangk­an laluan terus yang lebih selesa akan memendekka­n tempoh perjalanan antara Bayan Lepas dan Teluk Kumbar.

Projek yang bermula pada 17 Feb 2014 dan siap sepenuhnya pada 23 Dis tahun lepas itu

meliputi kerja pelebaran jalan daripada dua lorong kepada empat lorong yang bertujuan menampung peningkata­n jumlah kenderaan dan kegiatan ekonomi di kawasan Bayan Lepas hingga ke Teluk Kumbar.

Zainal Abidin berkata selain itu, ada tiga lagi jalan penyuraian iaitu projek naik taraf Bayan Lepas Expressway yang telah dibuka kepada pengguna, projek naik taraf jalan P10 dan P10 Flyover di Permatang Damar Laut yang masih dalam pembinaan, dengan kos keseluruha­n keempat-empat projek berjumlah RM1.27 bilion. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? JALAN Persekutua­n FT006 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang yang selesai dinaik taraf dibuka secara rasmi pada Isnin.
- Gambar BERNAMA JALAN Persekutua­n FT006 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang yang selesai dinaik taraf dibuka secara rasmi pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia