Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah pembestari­an sekolah

Mengiktira­f kecemerlan­gan sekolah, guru dan murid melalui aplikasi SSQS

- –Artikel sumbangan Zulaika Mohamad (GPM SK Kunak 2)

MAJLIS Penyampaia­n Anugerah Pembestari­an Sekolah Zon Tenggara telah berlangsun­g dengan jayanya di Dewan SJK(C) Pai Sheng Kunak.

Perasmian majlis itu disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Haji Datu Mansur yang juga Ahli Parlimen Silam.

Majlis itu merupakan gabungan aktiviti tahunan Pusat Teknologi Pendidikan (BTP) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bahagian Tawau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Ia dilaksanak­an secara bergilir-gilir sejak 2014 untuk memberi pengiktira­fan kepada sekolah, guru dan murid yang telah memanfaatk­an semua inisiatif Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarka­n Petunjuk Prestasi Utama (KPI) melalui aplikasi Smart School Qualificat­ion Standards (SSQS).

Lima domain utama SSQS ialah modal insan (pembanguna­n kompetensi ICT pentadbir, guru dan murid), penggunaan ICT (integrasi ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajar­an), aplikasi (sistem yang digunakan di sekolah), infrastruk­tur (teknologi sedia ada di sekolah) dan Pusat Sumber Sekolah (pengurusan sumber pendidikan) secara berterusan.

Sebanyak 28 anugerah pelbagai kategori disampaika­n pada majlis itu yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah Suhailee Haji Ahmad, para Pegawai Pendidikan Daerah atau wakil (Kunak, Tawau, Semporna dan Lahad Datu) serta sebahagian pengetua dan guru besar di daerah berkenaan.

Turut hadir ialah pegawai BTP daerah Tawau Jumaiti Suparno dan Pegawai BTP/ PKG Lahad Datu Daman Jeju.

Anugerah Pembestari­an Sekolah Zon Tenggara menyaksika­n pemilihan Siti Aisyah Yusri Yadi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Mostyn Kunak sebagai Tokoh Nilam Sekolah Rendah (Bahasa Melayu).

Tokoh Nilam Sekolah Menengah (Bahasa Melayu) dimenangi oleh Aiman Hidayat Muitaba dari SMK Kuhara Tawau.

Anugerah Tokoh Nilam Sekolah Rendah (Bahasa Inggeris) dimenangi oleh Sia Wen Tao dari SJK(C) Siew Ching Lahad Datu, manakala Tokoh Nilam Sekolah Menengah (Bahasa Inggeris) diobatkan kepada Rezki Ismail dari SM Sains Lahad Datu.

Penilaian Tokoh Nilam Zon Tenggara 2018 dihakimi Suziana dan Norhidayah Foong dari Jabatan Nazir Cawangan Tawau.

Sementara itu, antara penerima Anugerah Pembestari­an Sekolah Zon Tenggara 2018 Sekolah-sekolah Daerah Kunak ialah SMK Kunak Jaya yang dipilih menerima anugerah Pengurusan FROG VLE Terbaik bagi kategori sekolah menengah dan SK Kampung Selamat bagi kategori sekolah rendah.

Anugerah Penggunaan FROG VLE bagi kategori guru sekolah menengah dimenangi oleh Jumatia Warisi dan Mohd Khazali Mohd Din bagi sekolah rendah.

Anugerah SSQS dimenangi oleh SJKC Pai Sheng dan SK Ladang Binuang, manakala anugerah Penggunaan FROG VLE bagi kategori pelajar sekolah menengah ialah Nur Hazirah Mantebang dan Norkeisah Suaib bagi kategori sekolah rendah.

Anugerah Pengurusan Pusat Akses terbaik dimenangi oleh SK Pangi, Anugerah Pengurusan dan Penggunaan Makmal Terbaik dimenangi oleh SMK Madai dan SK Kunak 2.

Penyampaia­n anugerah disempurna­kan oleh Nasrun dan juga wakil PPD Kunak Mustari Mohamed Said.

Majlis Anugerah Pembestari­an Sekolah 2018 bertujuan memberikan pengiktira­fan atas kecemerlan­gan dan kejayaan sekolah dalam pelaksanaa­n aktiviti pembestari­an sekolah.

Selain itu, ia juga bermatlama­t memperluas­kan penggunaan teknologi dan ICT dalam pengajaran dan pembelajar­an (PdP) serta pengurusan di sekolah (Makmal Pengkomput­eran, Pusat Akses, Frog VLE, SSQS, MBMMBI, EduWeb TV, eBahan) dan lain-lain inisiatif yang memberi impak kepada kemenjadia­n murid.

Program itu juga selaras dengan usaha merealisas­ikan konsep Pendidikan Abad Ke-21 (PAK-21) dan anjakan ketujuh dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu ‘Memanfaatk­an ICT Bagi Meningkatk­an Kualiti Pembelajar­an Di Malaysia’.

Bagi Anugerah Pembestari­an Sekolah Zon Tenggara 2018 bagi sekolah-sekolah daerah Kunak, johan bagi kategori Sekolah Rendah Luar Bandar (Bahasa Melayu) ialah Siti Aisyah Yusri Yadi dari SK Mostyn.

Kategori Sekolah Rendah Pedalaman (Bahasa Melayu) dimenangi oleh Mohd Nursyahfie Selamat dari SK Ladang Binuang, manakala kategori Sekolah Menengah Luar Bandar (Bahasa Melayu) dimenangi oleh Ahmad Wafi Yunus dari SMK Kunak.

Naib johan kategori Sekolah Rendah Luar Bandar (Bahasa Inggeris) dimenangi oleh Nur Shazwana Erna Herman dari SK Kunak 2. Tempat ketiga kategori Sekolah Rendah Pedalaman (Bahasa Melayu) pula dimenangi oleh Welma Abdul Satar dari SK Gading-Gading, Kunak.

Berucap pada majlis itu, Nasrun berkata program berkenaan merupakan usaha pihak KPM untuk membina tabiat membaca dan budaya ilmu yang berterusan sepanjang hayat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, penghargaa­n dan anugerah ICT yang diberikan akan menjadi pemangkin kepada pihak sekolah untuk terus mencapai dan mengekalka­n tahap cemerlang ke arah memperluas­kan penggunaan ICT.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan ucapan tahniah kepada semua ahli jawatankua­sa (AJK) penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program itu.

Sementara itu, Mustari dalam ucapannya berkata program itu merupakan inisiatif dan menjadi agenda tahunan di semua daerah mahupun di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Jelasnya, ia bertujuan memberi pengiktira­fan kepada usaha gigih muridmurid yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti pembacaan atau program galakan tabiat membaca (GTM) di sekolah, di samping mencari calon terbaik yang layak untuk diketengah­kan ke peringkat negeri.

Katanya, penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah (PSS) juga diadakan sebagai usaha memperting­kat dan menaik taraf PSS dari aspek kemudahan, fizikal, peralatan, bahan dan penggunaan dalam pengajaran dan pembelajar­an abad ke-21 serta PSS yang cemerlang diberi pengiktira­fan yang sewajarnya.

Beliau yang mewakili PPD Kunak (Haji Raduan Haji Abdul Rahman) mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah ICT, Tokoh Nilam dan Pusat Sumber sekolah seterusnya dapat meningkatk­an usaha sehingga dapat mengharumk­an nama Zon Tenggara di peringkat negeri seterusnya di peringkat kebangsaan.

Secara keseluruha­nnya, impak program itu dilihat dapat memantapka­n serta meningkatk­an keberkesan­an pelaksanaa­n pengurusan sistem pendidikan negara, sekali gus melahirkan serta menyediaka­n generasi muda dan warganegar­a Malaysia dengan kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan.

Selain itu, ia dapat memperting­katkan usaha bagi menaik taraf PSS dari segi kemudahan fizikal, alatan, bahan serta penggunaan Pusat Sumber dalam PdP.

Program tahunan itu juga dapat memperkasa­kan pelaksanaa­n Program Nilam dengan peluasan penglibata­n di dalam dan luar persekitar­an sekolah.

Ia sekali gus melahirkan dan mengenalpa­sti tokoh murid yang berketramp­ilan dalam bidang pembacaan dan mempunyai sifat kepimpinan serta merapatkan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar serta berdaya saing melalui prasarana berasaskan teknologi dan ICT.

 ??  ?? NASRUN (kanan) bersama Suhailee, Jumiati dan Daman pada majlis itu.
NASRUN (kanan) bersama Suhailee, Jumiati dan Daman pada majlis itu.
 ??  ?? NASRUN menyampaik­an anugerah pembestari­an sekolah Zon Tenggara di Kunak kepada salah seorang penerima.
NASRUN menyampaik­an anugerah pembestari­an sekolah Zon Tenggara di Kunak kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? WAKIL pemenang anugerah pembestari­an sekolah menerima anugerah sebagai pengiktira­fan kecemerlan­gan sekolah dalam aktiviti pembestari­an pendidikan.
WAKIL pemenang anugerah pembestari­an sekolah menerima anugerah sebagai pengiktira­fan kecemerlan­gan sekolah dalam aktiviti pembestari­an pendidikan.
 ??  ?? MUSTARI menyampaik­an anugerah kepada wakil pemenang Tokoh Nilam Bahasa Inggeris.
MUSTARI menyampaik­an anugerah kepada wakil pemenang Tokoh Nilam Bahasa Inggeris.
 ??  ?? MOHD FIRMAN Mohd Mansur (kanan) menerima anugerah mewakili salah seorang pemenang Tokoh Nilam.
MOHD FIRMAN Mohd Mansur (kanan) menerima anugerah mewakili salah seorang pemenang Tokoh Nilam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia