Utusan Borneo (Sabah)

Hanya Julian Tan penyandang DAP tidak pertahan kerusi pada PRU14

-

KUCHING: Semua penyandang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Sarawak kecuali Julian Tan (Stampin) akan mempertaha­nkan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 (PRU14) akan datang.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen semasa sambutan Tahun Baharu Cina 2018 anjuran DAP Kuching di sini malam kelmarin (Sabtu).

“Semua penyandang akan mempertaha­nkan kerusi masing-masing(dalam PRU14) kecuali Julian Tan kerana tidak berhasrat berbuat demikian.

“Kami (DAP) telah membuat keputusan untuk meletakkan muka baharu Dr Yii (Kelvin), 32 tahun, bagi (kerusi Parlimen) Stampin,” katanya.

Sehubungan itu, Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berharap pengundi di Stampin akan memberi peluang dan sokongan kepada Dr Yii dalam PRU kelak.

“Perbezaan antara DAP dan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) ialah kami ialah mengamalka­n autonomi sepenuhnya dan tidak perlu memohon kebenaran daripada Tun Dr Mahathir (pengerusi Pakatan Harapan) untuk mengumumka­n Dr Yii sebagai calon kami di Stampin.

“Manakala SUPP, malah bukan proregatif (Datuk Patinggi) Abang Johari selaku pengerusi BN Negeri dan Ketua Menteri menentukan calon mereka kerana yang akan membuat keputusan akhir ialah (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) selaku pengerusi BN dan juga perdana menteri,” ujarnya.

Chong berkata tidak kira siapa calon Barisan Nasional (BN) untuk Stampin, perlu akur dengan kata-kata Najib jika dia dipilih atau memenangi kerusi itu.

“Jika SUPP tiada kuasa menentukan Stampin, apa pula yang dapat SUPP lakukan, berjuang untuk autonomi Sarawak?” soalnya.

Selain Chong, tiga lagi penyandang DAP yang akan mempertaha­nkan kerusi masing-masing pada PRU14 nanti ialah Andrew Wong (Sarikei), Oscar Ling (Sibu) dan Alice Lau (Lanang).

Pada PRU13 (2013) DAP bertanding di Mas Gading, Serian, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas.

Mengenai calon yang akan diletakkan di kerusi-kerusi berkenaan, Chong menegaskan ia akan dimaklumka­n dalam waktu terdekat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia