Utusan Borneo (Sabah)

Teksi perlu seiring teknologi

Untuk berhadapan saingan dalam pasaran sekarang

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Industri perkhidmat­an teksi perlu berkembang seiring dengan teknologi terkini agar mampu menikmati peluang agihan ekonomi ekoran daripada perkembang­an itu.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Datuk Raime Unggi berkata, pengguna kini mempunyai banyak pilihan sejak perkhidmat­an e-hailing diperkenal­kan dalam negara ini.

“Selain corak konvension­al dialihkan kepada satu sistem terbaik untuk pemandu teksi, mereka juga perlu pastikan perkhidmat­an mereka sentiasa berada dalam tahap terbaik, sentiasa kemas dan beradab ketika menerima pelanggan.

“Kita perlu menjadikan sistem pengangkut­an kita terbaik agar pengguna berpuas hati daripada perkhidmat­an yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Transforma­si Industri Teksi, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, undang-undang berkaitan pengangkut­an awam termasuk e-hailing akan berkuatkua­sa tidak lama lagi.

Katanya, satu limitasi juga perlu dikenakan kepada perkhidmat­an e-hailing seperti Uber dan Grabcar khususnya bagi memberikan keutamaan teksi yang menunggu pelanggan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK).

“Mereka harus diberikan keutamaan kerana mereka hanya menawarkan perkhidmat­an di LTAKK sahaja.

“Pengecuali­an boleh diberikan kepada mereka yang menghantar penumpang ke LTAKK tetapi untuk menerima penumpang di sana perlu diberikan kepada teksi lapangan terbang,” katanya.

Menurutnya, perkhidmat­an e-hailing juga perlu mematuhi undang-undang pelesenan oleh LPKP sebelum dibenarkan beroperasi.

“Apabila penguatkua­saan dilaksanak­an nanti, diharapkan ia akan memuaskan hati keduadua pihak,” katanya.

Selain corak konvension­al dialihkan kepada satu sistem terbaik untuk pemandu teksi, mereka juga perlu pastikan perkhidmat­an mereka sentiasa berada dalam tahap terbaik, sentiasa kemas dan beradab ketika menerima pelanggan.

DATUK RAIME UNGGI Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP)

 ??  ?? RAIME (duduk, empat kanan) merakamkan gambar kenangan di majlis itu.
RAIME (duduk, empat kanan) merakamkan gambar kenangan di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia