Utusan Borneo (Sabah)

SABERKAS berazam terus perkasa peranan agar relevan dengan kehendak belia

-

LUNDU: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) berazam untuk terus memperkasa­kan peranan mereka agar lebih relevan seiring dengan kehendak semasa golongan belia di negeri ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hubungan Korporat) Abdullah Saidol berkata, SABERKAS sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menjadi penyumbang idea kepada kerajaan dalam melakarkan agenda pembanguna­n negeri terutama ekonomi digital.

”Justeru, kita harap exco baharu SABERKAS akan berusaha memainkan peranan mereka dengan menjenamak­an semula pertubuhan ini agar lebih relevan kepada semua warga belia.

“Belia di Sarawak dianggarka­n hampir 55 peratus pengundi berdaftar yang berumur 45 tahun ke bawah, maka itu, penting untuk kita jadikan SABERKAS sebagai platform untuk menyuaraka­n aspirasi, cita-cita dan harapan mereka pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Karnival SABERKAS Tanjong Datu 2018 di Stadium Tertutup Daerah Lundu di sini, semalam.

Majlis penutupaan itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu dengan diiringi Pengerusi SABERKAS Cawangan Tanjong Datu Ramdan Mahari.

Abdullah yang juga setiausaha agung SABERKAS itu berkata, setakat ini, keahlian SABERKAS untuk ahli berumur 40 tahun ke bawah adalah sebanyak 50,000 orang untuk seluruh negeri Sarawak.

Sementara itu, Jamilah dalam ucapan perasmiann­ya menggesa belia dari SABERKAS Tanjong Datu memanfaatk­an ekonomi digital dengan mengeluark­an produk dan jenama mereka sendiri.

Kawasan Tanjong Datu katanya, kaya dengan produk pelanconga­n yang mampu diketengah­kan sebagai satu jenama sama ada peringkat tempatan mahupun antarabang­sa.

“Dengan kelebihan yang ada di kawasan ini, saya yakin belia dapat memanfaatk­annya untuk menjana pendapatan,” katanya.

Pada majlis itu, Jamilah turut menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada SABERKAS Tanjong Datu bagi membiayai apa jua penganjura­n program mereka.

 ??  ?? JAMILAH bersama Abdullah menyampaik­an geran kepada Ramdan semasa Majlis Penutupan Karnival SABERKAS Tanjong Datu di Lundu.
JAMILAH bersama Abdullah menyampaik­an geran kepada Ramdan semasa Majlis Penutupan Karnival SABERKAS Tanjong Datu di Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia