Utusan Borneo (Sabah)

Wanita harus sentiasa berwaspada dengan keselamata­n diri ketika berjoging

-

KUCHING: Wanita harus sentiasa berwaspada dengan keselamata­n diri ketika berjoging bagi mengelak daripada menjadi mangsa jenayah.

Justeru, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menasihati wanita yang ingin berjoging agar memilih tempat lebih selamat seperti di kawasan yang ramai orang.

“Jangan berjoging di tempat yang sunyi kerana penjenayah ada di mana-mana dan pada bila-bila masa.

“Walaupun ingin bersenam, keselamata­n diri juga harus dijaga kerana sudah berlaku kes di mana wanita ditumbuk ketika sedang berjoging,” katanya.

Beliau berkata demikian pada acara senamrobik, ‘Pink For Healthy Lifestyle’ (P4HL) anjuran Kelab Zdance Kuching di Pustaka Negeri di sini, semalam.

Sehubungan itu, Hasidah yang juga ADUN Samariang turut menggalakk­an wanita khususnya di bandar raya ini untuk menyertai acara senamrobik P4HL kerana selain terletak di lokasi yang sesuai, ia juga dijamin selamat.

Menurutnya, Kelab Zdance Kuching akan mengadakan sesi senamrobik P4HL pada setiap Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad pada jam 5.30 petang di Pustaka Negeri.

Katanya, acara berkenaan sangat sesuai untuk disertai golongan wanita kerana di samping menggalakk­an gaya hidup sihat, ia juga menjadi wadah bagi semua lapisan masyarakat untuk saling berinterak­si.

“Saya berharap program ini akan dapat menyediaka­n ruang bersenam yang selamat sekali gus menangani jenayah terhadap wanita,” katanya.

Sempena majlis, Hasidah juga telah menyumbang sebanyak RM5,000 kepada Kelab Zdance Kuching untuk menyokong aktivitiny­a dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai P4HL, sila hubungi talian 016-8585119 (Frida) atau 0138297774 (Ema).

 ??  ?? HASIDAH (duduk, tengah) ketika hadir pada acara senamrobik, ‘Pink For Healthy Lifestyle’ (P4HL) anjuran Kelab Zdance Kuching di Pustaka Negeri.
HASIDAH (duduk, tengah) ketika hadir pada acara senamrobik, ‘Pink For Healthy Lifestyle’ (P4HL) anjuran Kelab Zdance Kuching di Pustaka Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia