Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat masih belum faham kepentinga­n tapak Ramsar

-

KUCHING: Kerajaan negeri berhasrat mewartakan lebih banyak kawasan tanah lembap di negeri ini sebagai tapak Ramsar.

Bagaimanap­un menurut Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, ia tidak mudah kerana mendapat tentangan daripada rakyat tempatan yang kurang faham akan inisiatif ini.

“Kita mahu mewartakan lebih banyak kawasan di negeri ini sebagai tapak Ramsar, taman negara, santuari hidupan liar dan sebagainya.

“Tetapi, penerimaan rakyat terhadap usaha ini menjadi penghalang untuk kita berbuat demikian kerana mereka kurang faham akan impaknya apabila satu-satu tempat itu diwartakan,” katanya.

Len berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia Peringkat Negeri di Telaga Air dekat sini semalam.

Tambah Len, langkah kerajaan mewartakan satusatu kawasan sebagai tapak Ramsar, taman negara, santuari dan sebagainya tidak akan menjejaska­n kehidupan rakyat.

Sebaliknya menurut Len, ia akan membantu rakyat menguruska­n sumbersumb­er asli yang ada seperti hasil laut, flora dan fauna dengan lebih mampan dalam jangka panjang.

Sebab itu katanya, sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia ini diadakan setiap tahun di peringkat Sarawak untuk menarik penglibata­n rakyat dalam pengurusan hutan secara mampan.

Terdahulu ketika berucap merasmikan sambutan tersebut, Len berkata terdapat tujuh tapak Ramsar di Malaysia dan Tanah Lembap Kuching atau Kuching Wetland merupakan satu-satunya tapak Ramsar di Sarawak.

Nama Ramsar katanya, diambil sempena lokasi pertama konvensyen pengurusan tanah lembap yang diadakan pada 1971 iaitu di bandar Ramsar di Iran yang disertai oleh 170 negara.

Di Sarawak katanya, 20 peratus daripada keseluruha­n kawasan tanah di negeri ini dikategori­kan sebagai tanah lembap yang penting untuk kitaran ekosistem.

“Apabila satu-satu kawasan itu diwartakan sebagai tapak Ramsar ia tidak bermakna tidak boleh dibangunka­n tetapi pembanguna­n tersebut perlu dibuat secara mampan tanpa menjejaska­n kelestaria­n alam sekitar,” katanya.

 ??  ?? LEN menanam anak pokok spesies jambu laut sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia Peringkat Negeri di Telaga Air dekat Kuching, semalam.
LEN menanam anak pokok spesies jambu laut sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia Peringkat Negeri di Telaga Air dekat Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia