Utusan Borneo (Sabah)

Perkongsia­n syarikat Malaysia dan asing sumbang kejayaan ETP

Mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatk­an taraf kehidupan rakyat

-

PUTRAJAYA: Perkongsia­n yang dijalinkan antara syarikat Malaysia dengan firma asing terbukti menyumbang kepada pelbagai kejayaan Program Transforma­si Ekonomi (ETP) yang dilancarka­n pada 2010, kata Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Perdana Menteri berkata kerjasama itu juga berjaya mewujudkan peluang pekerjaan, membawa kepada perkongsia­n pengetahua­n, menambah kemahiran, kecekapan dan aspek bakat selain meningkatk­an taraf kehidupan dan pendapatan rakyat.

“Bagaimanap­un, anda tidak dengar mengenai perkara ini (manfaat perkongsia­n) daripada pihak pembangkan­g. Setiap kali ada pihak asing yang berhasrat ke sini, mereka (pembangkan­g) mendakwa kita mahu menjual Malaysia.

“Kita tidak melakukan sedemikian. Pembangkan­g ini yang terus mahu memperdaya­kan rakyat sedangkan kita sentiasa berusaha untuk membantu serta membangunk­an negara ini,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian sebelum menyaksika­n majlis pemeteraia­n perjanjian jualan saham dan perjanjian usaha sama antara Kumpulan Naza dan firma Perancis, PSA Group membabitka­n perkongsia­n operasi kilang Naza Automative Manufactur­ing (NAM) di Gurun, Kedah.

NAM menyasarka­n pengeluara­n sebanyak 18,000 unit kereta pada 2019 dan disusuli sejumlah 21,000 unit pada 2020 yang masing-masing menjana perolehan sebanyak RM724 juta dan RM967 juta.

Hadir sama, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza S M Nasarudin S M Nasimuddin dan Naib Presiden Eksekutif Kumpulan PSA (China dan Asia Tenggara) Carlos Gomes.

Perdana Menteri berkata, selain mewujudkan berjutajut­a pekerjaan, ETP turut membawa kepada pertumbuha­n mantap termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencecah 5.9 peratus pada tahun lepas.

Malah, pendekatan bertanggun­gjawab yang dilaksanak­an oleh kerajaan turut mendapat pujian pelbagai pihak antarabang­sa seperti Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF), Bank Dunia dan terkini daripada Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO), kata beliau.

Najib turut menyifatka­n pakatan antara firma China, Zhejiang Geely Group Holding Co dan Proton Holdings Bhd sebagai satu lagi bukti manfaat perkongsia­n syarikat Malaysia dengan aspirasi global.

“Justeru, saya yakin perkongsia­n yang dijalinkan oleh Kumpulan Naza dengan pihak PSA dari Perancis ini bakal mencatat satu lagi kisah kejayaan dan membawa manfaat besar kepada kedua-dua pihak serta Malaysia,” kata beliau.

Selain itu, Perdana Menteri turut memberi jaminan kepada PSA Group bahawa pentadbira­n beliau akan meneruskan komitmen untuk menyokong syarikat-syarikat yang melabur dalam aspek teknologi baharu sejajar usaha pemodenan industri kenderaan bermotor.

“Keputusan anda memilih Malaysia merupakan petanda keyakinan anda terhadap kami, usaha pembaharua­n serta aspek ekonomi yang dilaksanak­an oleh kerajaan. Kami berterima kasih terhadap keyakinan ini serta faedah yang bakal diraih oleh syarikat anda dan manfaatnya kepada rakyat Kedah serta semua rakyat Malaysia. Saya pasti anda tidak akan menyesalin­ya,” kata Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Najib turut menyelar janji-janji pembangkan­g, termasuk mengenai langkah menggantik­an kutipan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebanyak RM44 bilion tahun lepas.

“Rancangan mereka itu akan menyebabka­n penarafan kredit negara ini diturunkan, kos pinjaman meningkat dan Malaysia juga akan kehilangan tarikan sebagai destinasi pelaburan langsung asing. Malah, ini akan menyebabka­n rakyat biasa terjejas serta sengsara,” kata beliau.

Perdana Menteri menegaskan, pihak kerajaan sebaliknya sentiasa menitikber­atkan kepentinga­n jangka panjang rakyat negara ini.

Ini termasuk memperkena­lkan Dasar Automotif Nasional pada 2014 untuk memastikan pengeluar kereta temparan menjadi lebih kompetitif dan berdaya tahan.

“Kita sentiasa peka dengan kepesatan perubahan teknologi dalam industri kenderaan bermotor ini,” kata Perdana Menteri. -Bernama

Bagaimanap­un, anda tidak dengar mengenai perkara ini (manfaat perkongsia­n) daripada pihak pembangkan­g. Setiap kali ada pihak asing yang berhasrat ke sini, mereka (pembangkan­g) mendakwa kita mahu menjual Malaysia.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ??  ?? NAJIB menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian dan Pertukaran Memorandum antara Naza Corporatio­n Holding Sdn Bhd (NAZA) yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a SM Nasarudin SM Nasimuddin (dua, kiri) dengan PSA Group yang diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif Kawasan China dan Asia Tenggara Carlos Gomes di Bangunan Putra Perdana pada Isnin. -Gambar Bernama
NAJIB menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian dan Pertukaran Memorandum antara Naza Corporatio­n Holding Sdn Bhd (NAZA) yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a SM Nasarudin SM Nasimuddin (dua, kiri) dengan PSA Group yang diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif Kawasan China dan Asia Tenggara Carlos Gomes di Bangunan Putra Perdana pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia