Utusan Borneo (Sabah)

Empat projek lebih RM17 juta dimajukan di ZIA Sebatu, Melaka

-

JASIN: Empat projek pembanguna­n dan infrastrut­ur bernilai lebih RM17 juta akan dimajukan secara berperingk­at di Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Jeti Nelayan Sebatu, di sini, dalam tempoh lima tahun akan datang.

Exco Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan Melaka, Datuk Hasan Abdul Rahman berkata projek itu merangkumi pelabuhan agro pertanian, ekopelanco­ngan, ternakan kupang dan kerang bagi meningkatk­an taraf sosioekono­mi nelayan serta sumber perikanan negeri bagi jangka panjang.

Menurutnya, maklumat terperinci lain termasuk jumlah keluasan kawasan terbabit akan diketahui oleh pihaknya tidak lama lagi.

“Kita akan memberi perhatian serius terhadap pembanguna­n sektor perikanan negeri khususnya nelayan bagi meningkatk­an pendapatan mereka.

“Justeru pembanguna­n projek ZIA dilihat sebagai satu alternatif terbaik untuk memastikan sektor perikanan negeri dan mata pencarian nelayan tidak terjejas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Mesra Perdana Nelayan dan Penternak Jabatan Perikanan Melaka di sini, semalam.

Hasan turut menyampaik­an bantuan sebanyak RM100,000 bagi projek akuakultur ternakan kupang Sebatu pada majlis itu yang turut dihadiri oleh Pengarah Perikanan Melaka, Johari Tim.

Mengulas selanjutny­a, beliau berkata selain menjadi bukti keprihatin­an kerajaan, projek pembanguna­n itu juga hanya mampu dilaksanak­an oleh kerajaan sedia ada dan menggesa agar golongan nelayan terbabit terus memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi.

“Kita sentiasa melaksanak­an pelbagai projek, program serta menyalurka­n bantuan, insentif dan peruntukan untuk membantu golongan nelayan memperbaik­i taraf hidup mereka dari semasa ke semasa,” katanya.

Selain itu, Hasan berkata 12 sangkar ternakan kupang yang diusahakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Jasin di Sebatu pada September lepas juga terbukti menjana hasil pendapatan yang memberangs­angkan.

“Sebanyak 13.34 tan metrik kupang dalam enam sangkar yang diperoleh pada bulan ini memberi keuntungan sebanyak RM80,000 pada harga jualan RM6 sekilogram,” katanya.

Beliau juga menyaranka­n kalangan nelayan di sekitar Melaka untuk menubuhkan komuniti perikanan di pen g kala n nelayan masing-masing bagi menambah dan mempelbaga­ikan sumber ekonomi, mengurus sumber perikanan berasaskan komuniti, memulihara sumber alam sekitar selain berperanan sebagai mata dan telinga Jabatan Perikanan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Jasin, Raping Eai Mohd, 54, berkata pengurusan sumber perikanan yang teratur itu adalah penting bagi memastikan hasil tangkapan tidak terjejas.

“Usaha ini berdepan pelbagai cabaran sekarang, terutama sumber perikanan yang kian berkuranga­n akibat pelbagai aktiviti termasuk tambakan laut.

“Namun nelayan di negeri ini bernasib baik kerana pihak kerajaan negeri dan Jabatan Perikanan sentiasa melaksanak­an pelbagai program dan projek untuk meningkatk­an hasil sumber perikanan,” katanya. -Bernama

 ??  ?? PERASMIAN: Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional Datuk Nor Azita Abd Rahman (dua,kiri) memegang buku pada gimik perasmian sempena Majlis Perasmian Buku Usahawan TEKUN Nasional pada Isnin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Baharom Embi (kanan). Buku tersebut memuatkan kisah kejayaan 500 usahawan TEKUN dalam pelbagai sektor perniagaan. -Gambar Bernama
PERASMIAN: Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional Datuk Nor Azita Abd Rahman (dua,kiri) memegang buku pada gimik perasmian sempena Majlis Perasmian Buku Usahawan TEKUN Nasional pada Isnin. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Baharom Embi (kanan). Buku tersebut memuatkan kisah kejayaan 500 usahawan TEKUN dalam pelbagai sektor perniagaan. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia