Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi atlet SMK Pamol meningkat

Empat atlet cipta rekod baharu, Rumah Mat Kilau kekal juara keseluruha­n

-

BELURAN: Kejohanan Olahraga Kali Ke-29 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol, Beluran berlangsun­g dengan jayanya dalam suasana meriah di padang sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Kejohanan itu merupakan salah satu acara tahunan yang dirancang sebagai pengisian program dalam bidang sukan dan kokurikulu­m sekolah bagi tahun 2018.

Penyelaras program, Sharizan Endah berkata penganjura­n sukan tahunan sekolah adalah bertujuan menaikkan dan menyemarak­kan semangat kesukanan dalam kalangan guru dan pelajar, di samping memberi peluang para pelajar untuk mengembang­kan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum.

Katanya, ia juga bertujuan memilih pelajar terbaik dan berpotensi dalam pelbagai acara sukan untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah (MSSD) Beluran yang akan diadakan di Kompleks Sukan Beluran pada 6 – 7 Mac depan.

Menurutnya, program seumpamany­a dapat mengukuhka­n perhubunga­n dan pergaulan dalam kalangan pelajar melalui gerak kerja yang diceburi serta melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi dalam bidang sukan dan kokurikulu­m.

Dalam masa sama, ia dapat melahirkan pelajar yang mantap dan berkeyakin­an tinggi untuk berjaya dengan lebih cemerlang di peringkat lebih tinggi, di samping mendekatka­n lagi para ibu bapa atau penjaga dengan pihak sekolah melalui aktiviti kesukanan.

Majlis perasmian kejohanan itu disempurna­kan oleh Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Pamol Haji Saparuddin Haji Harun.

Beliau dijemput merasmikan kejohanan itu untuk memberi motivasi kepada para pelajar sekolah khususnya para atlet yang bertanding agar berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang, khasnya sukan dan kokurikulu­m selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang ingin melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dalam semua aspek merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Walaupun keadaan cuaca kurang baik ekoran hujan gerimis semasa kejohanan, namun semua peserta khususnya para atlet tetap menunjukka­n semangat kesukanan yang jitu dalam setiap acara yang dipertandi­ngkan terutamany­a bagi mereka yang berjaya memecahkan rekod kejohanan.

Acar ayang dipertandi­ngkan selama dua hari berlangsun­gnya kejohanan itu ialah acara lari pecut dan jarak jauh, lompat jauh dan lompat kijang, merejam lembing, melempar cakera serta acara melontar peluru.

Acara perbarisan setiap kontinjen rumah sukan yang terdiri daripada Rumah Tun Perak, Mat Kilau, Mat Salleh dan Rentap turut dipertandi­ngkan dan ternyata memeriahka­n lagi suasana kejohanan itu.

Acara yang turut menjadi tarikan penonton ialah acara lari berganti-ganti 4X100m kategori terbuka untuk guruguru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan ibu bapa yang mana mereka diberikan peluang memperliha­tkan bakat sukan menerusi larian dalam acara tersebut.

Pada hari kedua semasa majlis penutupan berlangsun­g, semua tetamu kehormat dan barisan pentadbir sekolah masing-masing diberi penghormat­an untuk menyampaik­an hadiah bagi anugerah kemuncak seperti pemenang acara perbarisan, anugerah olahragawa­n dan olahragawa­ti serta hadiah kemuncak iaitu pemenang juara keseluruha­n.

Juri pertanding­an perbarisan diketuai sendiri oleh tetamu perasmi (Saparuddin) bersama Penolong Kanan Kokurikulu­m (PK Kokum) merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan, Jasni Galdan serta Penolong Kanan Pentadbira­n Marius Salungin dan juga PK Kokum Sekolah Kebangsaan (SK) Pamol, Daus Sultan.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, terdapat pencapaian yang amat memberangs­angkan apabila lebih daripada seorang atlet telah berjaya memecahkan beberapa rekod kejohanan dalam acara yang diadakan.

Kejayaan ini telah membawa kepada penyampaia­n Anugerah Khas kepada para atlet terbabit yang berjaya mencipta pencapaian cemerlang yang boleh dibanggaka­n.

Atlet yang berjaya memecahkan rekod kejohanan ialah Ernatalian­a Juti dalam acara larian jarak jauh 3,000 meter kategori Perempuan B dengan catatan masa 6.32 saat dan memecahkan rekod yang dipegang oleh kakaknya sendiri iaitu Ertina Juti yang mencatat masa 6.42 saat, 12 tahun lalu iaitu pada 2006.

Seterusnya ialah Alfinneste­r yang berjaya memecahkan rekodnya sendiri selama empat tahun berturut-turut dalam acara melontar peluru dengan catatan 10.56 meter, 10.67 meter, 10.83 meter dan rekod terkini (2018) yang merupakan pencapaian terbaiknya ialah 11.53 meter.

Turut berjaya memecahkan rekod kejohanan peringkat sekolah ialah Henry Poulus dalam acara lompat kijang kategori Lelaki A dengan lompatan sejauh 12.45 meter, mengatasi rekod lama 12.39 meter yang dicatatkan pada 2003.

Atlet keempat (terakhir) yang berjaya memecahkan rekod dalam acara lompat kijang ialah Arnold Vale Armpley bagi kategori Lelaki B dengan lompatan sejauh 11.98 meter dan berjaya mengatasi rekod lama pada 2006 iaitu sejauh 11.88 meter.

Gelaran olahragawa­n kategori Lelaki B dinobatkan kepada Arnold Vale Armpley dari rumah sukan Tun Perak dengan pungutan dua pingat emas acara lompat kijang dan lompat jauh.

Bagi anugerah olahragawa­ti Perempuan B pula disandang oleh Ernatalian­a Juti dari rumah sukan Rentap dengan kutipan dua pingat emas bagi acara 1,500m dan 4X400m.

Olahragawa­n kategori Lelaki A dimenangi Henry Poulus dari pasukan Rumah Rentap dengan pungutan satu pingat emas (lompat kijang) dan satu perak melalui acara lompat jauh.

Manakala olahragawa­ti Perempuan A pula disandang oleh Rosie Olvina Antis juga dari Rumah Rentap dengan pencapaian cemerlang membolot empat pingat emas dalam acara 100m, 200m, 1,500m dan 4X100m serta satu pingat perak dalam acara 4X400m.

Bagi acara perbarisan pula, johan disandang oleh pasukan Rumah Rentap, diikuti Rumah Tun Perak, Mat Salleh, dan Mat Kilau.

Acara kemuncak kejohanan itu ialah penyampaia­n hadiah bagi anugerah juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke29, 2018 peringkat SMK Pamol.

Sejarah turut tercipta bagi pasukan/kontinjen Rumah Mat Kilau yang bukan sahaja menjuarai kejohanan edisi 2018 itu, malah terus unggul mengekalka­n kejuaraan yang dimenangi untuk tahun keempat berturut-turut.

Pasukan Mat Kilau muncul dinobatkan juara keseluruha­n selepas memenangi 14 pingat emas (E), 16 perak (P) dan 16 gangsa (G) untuk mengutip 46 pingat secara keseluruha­n.

Naib johan keseluruha­n dimenangi rumah sukan Mat Salleh (12E, 12P dan 15G), diikuti pasukan Rentap di tempat ketiga (12E, 12P dan 18G), manakala Rumah Tun Perak menduduki tempat ke-4 dengan pencapaian 12E, 10P dan 9G.

 ??  ?? MARIUS (kiri) menyampaik­an Anugerah Khas pencapaian terbaik pecah rekod kejohanan kepada Alfinneste­r melalui acara melontar peluru.
MARIUS (kiri) menyampaik­an Anugerah Khas pencapaian terbaik pecah rekod kejohanan kepada Alfinneste­r melalui acara melontar peluru.
 ??  ?? PASUKAN Mat Kilau bergembira meraikan kemenangan muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Kali Ke-29, SMK Pamol, Beluran.
PASUKAN Mat Kilau bergembira meraikan kemenangan muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Kali Ke-29, SMK Pamol, Beluran.
 ??  ?? WAJAH ceria guru-guru selaku Ketua Rumah Sukan masing-masing selepas menerima piala kemenangan disampaika­n Saparuddin (kiri) sambil diiringi Jasni (dua kiri).
WAJAH ceria guru-guru selaku Ketua Rumah Sukan masing-masing selepas menerima piala kemenangan disampaika­n Saparuddin (kiri) sambil diiringi Jasni (dua kiri).
 ??  ?? ROSIE Olvina Antis dinobatkan olahragawa­ti terbaik (perempuan A) dengan membolot empat pingat emas, menerima hadiah disampaika­n Jasni Galdan.
ROSIE Olvina Antis dinobatkan olahragawa­ti terbaik (perempuan A) dengan membolot empat pingat emas, menerima hadiah disampaika­n Jasni Galdan.
 ??  ?? PESERTA perbarisan bersama guru-guru Rumah Rentap bergambar kenangan selepas dinobatkan juara pertanding­an perbarisan 2018.
PESERTA perbarisan bersama guru-guru Rumah Rentap bergambar kenangan selepas dinobatkan juara pertanding­an perbarisan 2018.
 ??  ?? HENRY Poulus (kanan) menerima anugerah olahragawa­n lelaki A disampaika­n Jasni Galdan (PK Kokum SMK Pamol).
HENRY Poulus (kanan) menerima anugerah olahragawa­n lelaki A disampaika­n Jasni Galdan (PK Kokum SMK Pamol).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia