Utusan Borneo (Sabah)

Catat hatrik, Rumah Garuda sukar digugat

Juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga SMK Labuan

-

LABUAN: Rumah Garuda mencatat hatrik apabila muncul juara keseluruha­n di Kejohanan Olahraga SMK Labuan Kali Ke-58 Tahun 2018 yang diadakan di Kompleks Sukan Labuan pada 23 dan 24 Februari lalu. Rumah sukan itu yang diketuai Wan Farahayu Wan Mohd bersama Penolong Ketua Rumah, Sumaliza Abas

meraih 24 Emas, 21 Perak dan 11 Gangsa untuk mengunggul­i kejohanan tersebut buat kali ketiga berturut-turut.

Wan Farahayu mengucapka­n terima kasih dan tahniah buat semua atlet yang mendapat bimbingan guru-guru rumah sukan.

“Kejayaan hatrik amat membanggak­an guru-guru dan atlet Rumah Garuda. Terima kasih saya ucapkan atas kesungguha­n atlet dan jurulatih,” katanya.

Pencabar terdekat Rumah Garuda iaitu Rumah Rajawali hanya mampu meraih 18 Emas, 14 Perak dan 15 Gangsa untuk menduduki tempat kedua.

Tempat ketiga dimenangi Rumah Kenyalang dengan 10 Emas, 17 Perak, 21 Gangsa manakala Rumah Merak menduduki tempat keempat yang turut mendapat 10 Emas, 10 Perak, 13 Gangsa.

Sementara itu, Olahragawa­ti P15 dimenangi atlet Rumah Rajawali, Nur Izzah Faiqah Isman selepas mendapat 4 pingat emas dalam acara 100 meter, 100m Lari Berpagar (rekod baharu), 200m Lari Berpagar dan 4x100m.

Olahragawa­n L15 pula disandang seorang lagi atlet Rumah Rajawali, Mohd Norhakimin Norashikan yang memperoleh­i 4 pingat emas dalam acara Lompat Tinggi (rekod baharu), Lompat Kijang (rekod baharu), 400m dan 4x400m, serta pingat gangsa dalam acara 4x100m.

Selepas memperoleh­i 5 pingat emas termasuk dua rekod baharu menerusi acara 100m lari berpagar (rekod baharu) dan 200m Lari Berpagar (rekod baharu), selain acara 800 m ,4 x 400 m dan 4x100m membolehka­n N o r a z r ina Jun i h yang mewakili Rumah Garuda dinobatkan sebagai Olahragawa­ti P18.

Walaupun hanya mendapat dua pingat emas menerusi Lompat Jauh dan Lompat Kijang serta perak 4x100m, sudah memadai buat atlet Rumah Kenyalang, Marvin Hing Majin membawa pulang anugerah Olahragawa­n L18.

Sementara itu, Rumah Kenyalang muncul johan acara perbarisan, naib johan Rumah Merak, ketiga Rumah Garuda dan keempat Rumah Rajawali.

Bagi kategori Pasukan Badan Beruniform johan menjadi milik PKBM (Darat), naib johan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan ketiga Kadet Bomba.

Dalam acara 8x50 meter Guru dan Ibu Bapa, pasukan Majlis Sukan SMKL muncul johan diikuti Pasukan PIBG dan ketiga Guru Rumah Garuda.

Kejohanan dua hari itu disertai oleh 239 orang atlet daripada 4 buah Rumah Sukan yang bertanding iaitu Rumah Garuda, Rumah Kenyalang, Rumah Merak dan Rumah Rajawali.

Majlis perasmian penutupan disempurna­kan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Labuan, Haji Md Yusof Haji Chuchu.

Turut hadir Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah dan Pegawai Angkat S M K Labuan, Mohd Nizam Yasim.

Hadir sama Penolongpe­nolong Kanan SMK Labuan, Zalina Zunkepely (PK Pentadbira­n), Ustazah Marziawati Mardan (PK HEM), Cheah Teong Aik (PK Kokurikulu­m), Saminan Sabtu (PK Pra U) dan Kitli Beka (PK Petang).

Majlis perasmian itu diserikan lagi dengan perbarisan lintas hormat yang disertai oleh keempatemp­at Rumah Sukan dan 6 Pasukan Badan Beruniform iaitu PKBM (Darat), Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kadet Bomba, Pandu Puteri, Kadet Polis dan Kadet JPJ.

Dalam ucapannya, Ismail mengucapka­n terima kasih atas komitmen guru-guru, sokongan ibu bapa dan bantuan PIBG serta usaha gigih murid-murid yang mengambil bahagian.

Katanya, Kejohanan Olahraga ini menjadi medan untuk memilih atlet terbaik untuk membawa cabaran S M K Labuan dalam Kejohanan Olahraga MSSWP Labuan pada 28-31 Mac 2018.

Sementara itu, Yang DiPertua PIBG berkata jika dikaitkan dengan pelaksanaa­n kegiatan sukan oleh setiap atlet yang mengambil bahagian, nyata sekali bahawa pembanguna­n modal insan melalui kegiatan sukan dapat direalisas­ikan melalui latihan intensif yang dijalani oleh seseorang atlet.

Katanya, latihan yang baik adalah melibatkan latihan fizikal, spiritual dan mental mampu melahirkan insan yang mempunyai disiplin diri yang jitu.

Beliau berkata melalui latihan persiapan fizikal, mental dan spiritual ini, seseorang atlet dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi.

Tambahnya, dengan setiap latihan yang sesuai diikuti, pemakanan yang seimbang dan teratur akan menjadikan tubuh badan sentiasa sihat dan merangsang otak yang cerdas.

“Hal ini mampu melahirkan insan yang bukan sahaja mempunyai fizikal yang cergas malahan juga mempunyai daya berfikir yang sentiasa berkembang.

‘Selain itu, aktiviti sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan agama juga dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus dapat mengeratka­n silaturahi­m dan muhibah,” katanya.

Ismail tidak lupa merakamkan ucapa terima kasih kepada semua pelajar Tingkatan Enam SMK Labuan yang menjadi AJK Pengelola dan AJK Teknikal kejohanan tersebut.

Katanya, kerjasama dan komitmen mereka menjadikan kejohanan dua hari itu berjalan lancar dan teratur.

Ismail berkata SMK Labuan berazam untuk mencapai sekurang-kurangnya tempat kedua keseluruha­n dalam Kejohanan Olahraga MSSWP Labuan pada 28-31 Mac 2018 nanti.

Dalam Kejohanan Olahraga MSSWP Labuan tahun lepas, SMK Labuan menduduki tempat kedua keseluruha­n di belakang Sekolah Sukan Negeri SMK Mutiara.

“Atlet SMK Labuan yang dibimbing jurulatih yang berpengala­man tidak akan menyerah kalah begitu sahaja kepada pasukan sekolah lain. Kami akan memastikan persaingan sengit dapat dipamerkan atlet SMK Labuan Juara pada hujung bulan Mac ini,”katanya.

 ??  ?? RUMAH Garuda Johan Keseluruha­n. Ketua Guru Rumah Sukan Garuda, Cikgu Wan Farahayu Wan Mohd (duduk paling kiri) meraikan kejayaan bersama atlet dan guru.
RUMAH Garuda Johan Keseluruha­n. Ketua Guru Rumah Sukan Garuda, Cikgu Wan Farahayu Wan Mohd (duduk paling kiri) meraikan kejayaan bersama atlet dan guru.
 ??  ?? MOHD Norhakimin Noor Ashikan dinobat Olahragawa­n L15.
MOHD Norhakimin Noor Ashikan dinobat Olahragawa­n L15.
 ??  ?? OLAHRAGAWA­TI P18 disandang Norazrina Junih.
OLAHRAGAWA­TI P18 disandang Norazrina Junih.
 ??  ?? MARVIN Hing Majin, Olahragawa­n L 18 menerima trofi daripada Haji MdYusof, diperhatik­an oleh Ismail dan Mohd Nizam.
MARVIN Hing Majin, Olahragawa­n L 18 menerima trofi daripada Haji MdYusof, diperhatik­an oleh Ismail dan Mohd Nizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia