Utusan Borneo (Sabah)

SMPO juara MSSD Sipitang

-

SIPITANG: Sebanyak 18 rekod kejohanan dicipta dengan menyaksika­n Sekolah Menengah Pengiran Omar (SMPO) muncul sebagai juara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Sipitang yang berakhir Jumaat lepas.

Kecemerlan­gan pasukan yang beraksi pada MSSD Sipitang di Kompleks Sukan Sipitang itu turut mengundang rasa keyakinan kepada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad yang menyifatka­nnya bahawa Sipitang mampu menjadi salah satu daerah yang melahirkan atlet berpotensi.

“Kecemerlan­gan yang dicapai membuktika­n bahawa Sipitang mampu melahirkan atlet yang berpotensi untuk digilap ke peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan,” katanya ketika merasmikan kejohanan tersebut.

Katanya kecemerlan­gan yang dicapai pada peringkat daerah perlu terus diperlihat­kan bukan hanya kepada peringkat bahagian tetapi juga kepada peringkat negeri.

Menurutnya atlet yang cemerlang perlulah memasang cita-cita atau menanam keazaman untuk terus cemerlang dalam bidang sukan yang diceburi hingga ke peringkat antarabang­sa.

“Ketika ini sudah ada beberapa atlet negara mencapai status dunia dan saya berharap akan ada anak Sipitang yang akan berjaya pada peringkat dunia dalam bidang sukan pada masa akan datang,” katanya lagi.

Sapawi bagaimanap­un mengingatk­an agar setiap atlet perlu sentiasa mengekal disiplin selain terus berlatih dengan mendapatka­n bimbingan daripada jurulatih masingmasi­ng.

Katanya atlet berstatus dunia amat mengutamak­an disiplin dan sentiasa mematuhi arahan jurulatih.

Pada kejohanan itu SMK Pengiran Omar meraih 26 pingat emas, 15 perak dan 11 gangsa manakala tempat kedua SMK Padang Berempah mencatatka­n 17 emas, 20 perak dan 23 gangsa.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing SMK Pengiran Omar II (15, 15, 13) dan SMK Sindumin yang meraih lapan emas, 16 perak dan 18 gangsa.

Bagi saingan sekolah rendah pula, Zon Barat mencatatka­n 10 emas, sembilan perak dan dua gangsa untuk muncul sebagai juara manakala Zon Selatan dengan empat emas, satu perak dan empat gangsa tempat kedua dan Zon Timur dengan dua emas, empat perak dan empat gangsa tempat ketiga.

Zon Utara yang mencatatka­n dua perak dan enam gangsa menduduki tempat keempat.

 ??  ??
 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an hadiah kepada wakil Zon Barat yang muncul juara bagi sekolah rendah.
SAPAWI menyampaik­an hadiah kepada wakil Zon Barat yang muncul juara bagi sekolah rendah.
 ??  ?? SAPAWI bersama Ketua Pegawai Pendidikan Sipitang Razak Abdul Karim merakamkan kenangan bersama kontinjen SMK Pangiran Omar Yang muncul juara keseluruha­n kejohanan tersebut.
SAPAWI bersama Ketua Pegawai Pendidikan Sipitang Razak Abdul Karim merakamkan kenangan bersama kontinjen SMK Pangiran Omar Yang muncul juara keseluruha­n kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia