Utusan Borneo (Sabah)

70 sekolah rendah dipilih sebagai Pusat Pembanguna­n Bakat Badminton

-

ALOR SETAR: Sebanyak 70 buah sekolah rendah di seluruh negara akan dipilih sebagai Pusat Pembanguna­n Bakat Badminton dalam usaha membantu meningkatk­an mutu sukan badminton negara, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata program hasil kerjasama Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) itu juga sekali gus dapat terus mempromosi­kan dasar 1Murid 1Sukan.

“Program jangka masa lima tahun itu akan melibatkan 140 jurulatih dan 2,800 peserta yang berumur sembilan hingga 11 tahun. Setiap pusat akan menempatka­n dua jurulatih yang akan melatih 40 peserta dan latihan dijangka bermula Mac ini.

“Peserta yang terlibat akan dilatih sebagai persediaan untuk menyertai pertanding­an peringkat daerah dan negeri pada Ogos dan September depan. Ini juga memberi peluang kepada atlet muda untuk bertanding dan menambah kecemerlan­gan dalam sukan badminton supaya aktif bertanding di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Terdahulu, beliau merasmikan Pelancaran Program Pembanguna­n Bakat Badminton KPMPerodua yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh dan Pengarah Pendidikan Kedah Datuk Azuyah Hassan.

Mahdzir berkata pemantauan, penyelaras­an, pelaksanaa­n dan penilaian program itu akan dibuat oleh KPM manakala Perodua akan menanggung semua kos program termasuk pembanguna­n modul, peralatan sukan, elaun kepada jurulatih serta kejohanan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

“Setiap tahun RM1.2 juta hingga RM1.5 juta akan diperuntuk­kan untuk pembanguna­n program dan pihak Perodua juga turut meminjamka­n dua unit kereta jenis Alza bagi tujuan permantaua­n program badminton itu,” katanya. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? MAHDZIR menerima replika kunci kenderaan Perodua bagi program Bakat Sukan Badminton daripada Aminar (dua, kanan) pada Pelancaran Program Pembanguna­n Bakat Badminton bawah Kementeria­n Pendidikan (KPM) .
- Gambar BERNAMA MAHDZIR menerima replika kunci kenderaan Perodua bagi program Bakat Sukan Badminton daripada Aminar (dua, kanan) pada Pelancaran Program Pembanguna­n Bakat Badminton bawah Kementeria­n Pendidikan (KPM) .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia