Utusan Borneo (Sabah)

Program Jualan Sentuhan Rakyat bukti k’jaan prihatin

-

MIRI: Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) menawarkan pelbagai barang makanan dan keperluan harian dijual di bawah harga pasaran adalah bukti kerajaan sangat prihatin terhadap peningkata­n tekanan dihadapi rakyat akibat peningkata­n kos sara hidup.

Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau berkata kerajaan mempunyai dasar dan strategi untuk memastikan harga barang terkawal ditetapkan dan dijaga untuk mengelak kenaikan harga berterusan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, campur tangan kerajaan dalam mengawal kenaikan harga barang hari ini membantu memastikan rakyat tidak dibebani isu seumpama itu.

“Program Jualan Sentuhan Rakyat adalah salah satu usaha kerajaan memastikan kebajikan rakyat dijaga dengan baik.

“Kerajaan tetap komited menyatakan keperluan asas tertentu mempunyai harga tetap yang sepatutnya sama atau serupa untuk rakyat di luar bandar atau bandar,” katanya pada Majlis Perasmian Program Jualan Sentuhan Rakyat di pekan kecil Beluru, Bakong semalam.

Lebih 30 keperluan harian seperti beras, telur, gula, tepung gandum, minyak masak, ikan, ayam dan sebagainya dijual lebih murah daripada harga pasaran pada program itu, berjaya menarik lebih 1,000 penduduk dari kawasan berhampira­n.

Anyi mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) kerana menganjurk­an acara seumpama itu dengan tujuan mengurangk­an beban hidup rakyat.

Sehubungan itu, beliau berharap program itu diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Beliau menggalakk­an pemilik kedai menjual barang pada harga mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan KPDNKK.

Katanya jika mereka tidak mengikut harga yang ditetapkan oleh kementeria­n, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

“Pengguna harus mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan dengan mengadu kepada pihak berkuasa.

“Mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup bukan sahaja terletak di tangan kerajaan tetapi rakyat,” katanya.

 ??  ?? ANYI (empat kiri) memotong reben merasmikan Program Jualan Sentuhan Rakyat di pekan Beluru, Bakong semalam sambil disaksikan Penguang (tiga kanan) dan tetamu lain.
ANYI (empat kiri) memotong reben merasmikan Program Jualan Sentuhan Rakyat di pekan Beluru, Bakong semalam sambil disaksikan Penguang (tiga kanan) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia