Utusan Borneo (Sabah)

Kanvas Belia TN50 bakal jadi input penting terhadap penggubala­n dasar TN50

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Sejak Januari 2017, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) telah mendamping­i para belia di seluruh negara melalui sesi dialog, bengkel dan saluran dalam talian TN50 bagi mendengar aspirasi dan idea mereka untuk masa depan negara menjelang tahun 2050. Inisiatif TN50 adalah satu usaha untuk mendengar dan mendalami aspirasi generasi muda berhubung masa depan negara menerusi pendekatan akar umbi secara menyeluruh yang merupakan usaha julung-julung kali dalam konteks perancanga­n jangka panjang negara. TN50 itu juga dijadikan medium mengumpul maklum balas daripada hampir 2 juta belia daripada pelbagai latar belakang bagi memastikan semua pandangan diambil kira dan lebih daripada 60,000 aspirasi yang unik telah diterima. Aspirasi tersebut juga telah diperhalus­i dan dibahaskan melalui siri bengkel Kumpulan Masa Depan TN50 yang dianggotai oleh duta-duta belia, ahli-ahli belia dan pakar-pakar subjek dan kini telah dirumuskan ke dalam Laporan Kanvas Belia TN50 yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Februari 2018 ini. Aspirasi belia yang pelbagai telah dikumpul oleh KBS dan disusun ke dalam tujuh bab utama yang mencermink­an topik-topik utama yang dibangkitk­an dalam sesi dialog dan juga dimuat naik ke dalam talian. Tujuh bab utama tersebut adalah Ekonomi Dinamik, Kerjaya Memberangs­angkan, Pendidikan Untuk Masa Depan, Masyarakat yang Adil dan Kukuh, Kesihatan dan Kesejahter­aan Dijadikan Asas, Tanggungja­wab Terhadap Khazanah Semula jadi, Tadbir Urus yang Efektif dan Amanah serta Negara Kaya Budaya dan Bersemanga­t Juara. Setiap bab menggarisk­an satu atau lebih bidang dan tema umum yang menjadi perhatian kepada para belia termasukla­h belia yang mahukan pemikiran masyarakat global yang inovatif dan berwawasan, negara yang memelihara sumber alam semula jadi, masyarakat bersatu dalam kepelbagai­an, negara yang tetap mengekalka­n budaya dan adat ser ta aspek kesamarata­an diterapkan kepada seluruh masyarakat di Malaysia. Sesi Dialog Korporat dan Dialog Bertema TN50 bersama badan-badan kerajaan mahupun badan swasta. Antara topik-topik dialog tersebut termasuk warga Malaysia di Amerika Syarikat sempena Malaysia Midwest Games 2017, Wanita Pemacu Negara, Profesiona­l Muda Petronas ‘Merencana Masa Depan’, Generasi Muda PNB ‘Merakyatka­n Pelaburan, Berkongsi Kemakmuran’, Eksekutif Muda Touch ‘n Go - ‘Peneraju Negara Tanpa Tunai’, Bakat Muda Rangkaian Khazanah ‘Ke Arah Pembanguna­n Malaysia Yang Holistik, Pemimpin Generasi Baharu FELDA ‘Aspirasi Menuju Tahun 2050’, dan Pemimpin Generasi Baharu FELDA ‘Aspirasi Menuju Tahun 2050’boleh dilihat bahawa belia hari ini mempunyai harapan yang sangat tinggi untuk negara ini. Mereka mengambil berat tentang pelbagai isu, antaranya:

 ??  ?? Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (kiri) bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada sesi Dialog TN50 bersama para penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tahun lalu.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (kiri) bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada sesi Dialog TN50 bersama para penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tahun lalu.
 ??  ?? Khairy Jamaluddin (tengah) menunjukka­n simbol jari lima sebagai simbolik TN50 bersama para penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah.
Khairy Jamaluddin (tengah) menunjukka­n simbol jari lima sebagai simbolik TN50 bersama para penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia