Utusan Borneo (Sabah)

Pencuri berputih mata

Berjaya diberkas orang awam selepas rompak wanita

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Tindakan seorang lelaki melakukan jenayah curi dalam kenderaan buat pertama kalinya tidak kesampaian apabila berjaya ditangkap orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata suspek berumur 28 tahun terbabit ditangkap oleh pengunjung di sebuah pusat beli-belah selepas kira-kira satu minit melarikan beg tangan seorang wanita yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan kereta mangsa.

“Kejadian awal berlaku apabila mangsa berumur 37 tahun didatangi lelaki tidak dikenali membuka keretanya sebelum melarikan beg tangannya semasa berada di bahagian belakang bangunan kira-kira jam 8.15 malam Isnin. Suspek kemudian masuk ke dalam kereta Perodua Viva dipandunya sebelum melanggar kenderaan lain dan seorang lelaki di kawasan tempat letak ” kereta semasa ingin melarikan diri. M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner

“Kejadian awal berlaku apabila mangsa berumur 37 tahun didatangi lelaki tidak dikenali membuka keretanya sebelum melarikan beg tangannya semasa berada di bahagian belakang bangunan kira-kira jam 8.15 malam Isnin.

“Suspek kemudian masuk ke dalam kereta Perodua Viva dipandunya sebelum melanggar kenderaan lain dan seorang lelaki di kawasan tempat letak kereta semasa ingin melarikan diri,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, pada masa sama mangsa berteriak meminta pertolonga­n menyebabka­n orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian segera menahan suspek daripada melarikan diri.

Katanya anggota polis yang tiba di lokasi dalam tempoh 10 minit kemudian menahan suspek untuk tindakan selanjutny­a.

“Polis turut merampas kereta suspek yang menggunaka­n nombor pendaftara­n berbeza pada bahagian hadapan dan belakang serta sebilah parang panjang dan baju chef yang ditemukan di dalam kereta terbabit.

“Kita juga berjaya merampas kembali beg tangan, telefon bimbit dan dompet kepunyaan mangsa,” katanya.

Chandra berkata kejadian adalah pertama kali berlaku di sini dan bukanlah kes ragut seperti yang ditularkan di media sosial tetapi diklasifik­asikan sebagai kes curi dalam kenderaan.

“Kemalangan di lokasi kejadian disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu sehingga menyebabka­n orang lain cedera.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada orang awam yang membantu mangsa di lokasi kejadian.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK semasa ditahan semula oleh anggota polis yang tiba di lokasi dalam tempoh kurang daripada 10 minit kejadian.
SUSPEK semasa ditahan semula oleh anggota polis yang tiba di lokasi dalam tempoh kurang daripada 10 minit kejadian.
 ??  ?? PARANG panjang yang ditemukan di dalam kereta suspek.
PARANG panjang yang ditemukan di dalam kereta suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia