Utusan Borneo (Sabah)

SK Tinusa mulai laksana gotong-royong sempena Pertanding­an Patrol Denggi

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tinusa di sini telah melaksanak­an aktiviti gotong-royong di beberapa lokasi berasingan di sekitar kawasan Batu 7.

Aktiviti berkenaan merupakan salah satu daripada khidmat komuniti yang dipertandi­ngkan dalam Pertanding­an Patrol Denggi Peringkat Negeri 2018.

Khidmat komuniti itu akan dilaksanak­an di 33 kawasan yang telah disenaraik­an bagi membantu mengesan dan menghapusk­an tempat pembiakan Aedes.

Antara lokasi terlibat ialah Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bagai Budi, SK Kem Tentera dan Masjid Asmaul Husna di Kampung Tinusa 2.

Gotong-royong itu dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan yang melibatkan semua kakitangan SK Tinusa dan ahli Skuad Patrol Denggi sekolah berkenaan yang terdiri daripada para pelajar.

Aktiviti itu turut mendapat sokongan serta kerjasama daripada kakitangan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan dan Majlis Perbandara­n Sandakan selain warga Kem PLKN, SK Tentera dan penduduk setempat.

Untukrekod, SK Tinusatela­h terpilih bagi ke Pertanding­an Patrol Denggi Peringkat Negeri 2018.

Menerusi pertanding­an itu, pihak sekolah perlu melaksanak­an aktiviti sepanjang program yang berlangsun­g dari 20 Februari hingga 21 Mei akan datang seperti gotong-royong, persembaha­n dan pameran yang bertepatan dengan syarat penyertaan Patrol Denggi serta melibatkan pihak sekolah dan masyarakat luar bagi memberi kesedaran mengenai bahaya denggi.

 ??  ?? SESI gotong-royong SK Tinusa bersama warga Kem PLKN Bagai Budi.
SESI gotong-royong SK Tinusa bersama warga Kem PLKN Bagai Budi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia