Utusan Borneo (Sabah)

Lebih baik salur dana untuk kebajikan atau pendidikan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PAPAR: “Alangkah baiknya sekiranya kekayaan hartawan Malaysia, Robert Kuok, diberikan kepada golongan yang memerlukan dan membantu rakyat berbanding perkara lain,” kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno turut mempersoal­kan tindakan itu sambil mencadangk­an kepada hartawan Malaysia lainnya untuk melakukan perkara yang lebih bermanfaat daripada menaja parti pembangkan­g.

“Sepatutnya, mereka (hartawan) gunakan kekayaan itu untuk sesuatu yang lebih baik. Sebagai contoh, membiayai rumahrumah kebajikan yang lebih memerlukan dana ataupun membaiki serta membina rumah ibadat.

“Kalau rasa mahu menyumbang lagi, lebih baik gunakan dana itu untuk pembanguna­n pendidikan di negara ini daripada membiayai parti politik yang langsung tidak mengamalka­n sikap perpaduan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Silat dan Taekwando Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Zon Borneo di MRSM Kota Kinabalu pada Isnin.

Beliau diminta mengulas dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dalam portalnya yang menyatakan Kuok yang berpangkal­an di Hong Kong menyalurka­n dana kepada DAP.

Berikutan itu, pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat komen yang menyasarka­n hartawan itu.

N aji b berkata ahli perniagaan jutawan yang digelar ‘raja gula’ itu berjaya dalam kerjayanya disebabkan bantuan daripada kerajaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga dilaporkan mengkritik Kuok, mengatakan hartawan itu ‘menggigit tangan yang memberinya makan’ dan melupakan asal usulnya.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas dan kiri) ROSNAH menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.
(Gambar atas dan kiri) ROSNAH menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.
 ??  ?? ROSNAH merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
ROSNAH merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? HAJIJI dan Ruddy melakukan gimik pelancaran. Di kanan ialah Ng Loi Tect.
HAJIJI dan Ruddy melakukan gimik pelancaran. Di kanan ialah Ng Loi Tect.
 ??  ?? RUDDY menyampaik­an cenderamat­a kepada Hajiji.
RUDDY menyampaik­an cenderamat­a kepada Hajiji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia