Utusan Borneo (Sabah)

JKKK/JKDB nadi pembanguna­n

Sediakan pelan tindakan kemajuan kampung demi kesejahter­aan

-

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) merupakan nadi kepada aktiviti pembanguna­n masyarakat di peringkat kampung yang bertindak sebagai penggerak, penyelaras dan badan perantara dua hala antara rakyat dan kerajaan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Datuk Nilwan Kabang berkata, peranan JKKK dan JKDB amat penting untuk meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat melalui pelbagai perkhidmat­an yang disediakan bagi mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang lengkap dengan keperluan asas.

Katanya, kepimpinan JKKK/JKDB perlu menyediaka­n pelan tindakan kemajuan kampung, berpanduka­n kepada keperluan penduduk dengan memberi keutamaan kepada pelaksanaa­n program pemantapan diri dan peningkata­n keupayaan untuk berdikari.

Justeru katanya, bagi memastikan proses perancanga­n program atau projek kesejahter­aan rakyat dapat diatur dengan baik, pihak JKKK/JKDB memerlukan input data kampung yang lengkap.

“Ini adalah penting agar setiap perancanga­n aktiviti JKKK/JKDB menepati sasaran dan selaras dengan keperluan penduduk setempat sama ada dari aspek keselamata­n, penyaluran bantuan, pengawalan wabak penyakit atau dari aspek perpaduan dan kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh pada perasmian Majlis Penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbira­n JKKK/JKDB bagi kawasan Sulaman, Tuaran di Grand Borneo Hotel, 1Borneo, di sini baru-baru ini.

Kursus tiga hari (19-21 Februari) itu yang disertai 124 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha JKKK/JKDB, dianjurkan oleh KPLB Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Tuaran.

Menurut Nilwan, pada umumnya prestasi perkhidmat­an JKKK dan JKDB di negeri ini telah meningkat baik dan berjaya menyampaik­an kehendak masyarakat kepada kerajaan berhubung keperluan asas seperti pembinaan jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik, sekolah, rumah ibadat dan sebagainya.

Namun begitu katanya, masih terdapat sebahagian JKKK dan JKDB yang kurang memahami dengan jelas mengenai peranan, tugas dan tanggungja­wab institusi JKKK/JKDB yang sebenarnya.

Turut hadir Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Kawasan Sulaman Johari Saiman,Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sualim Sanan, wakil Pegawai Daerah Tuaran Hadzlan Haji Jablee yang juga Penolong Pegawai Daerah Tuaran (Pembanguna­n) dan Setiausaha Rendah (Dasar) KPLB Yahya Haji Abd Karim serta Ketua Penolong Setiausaha (LPM) KPLB Majaran Osman.

“Bagi memastikan proses perancanga­n program atau projek kesejahter­aan rakyat dapat diatur dengan baik, pihak JKKK/JKDB memerlukan input data kampung yang lengkap. Ini adalah penting agar setiap perancanga­n aktiviti JKKK/ JKDB menepati sasaran dan selaras dengan keperluan penduduk setempat sama ada dari aspek keselamata­n, penyaluran bantuan, pengawalan wabak penyakit atau dari aspek ” perpaduan dan kesejahter­aan rakyat.

DATUK NILWAN KABANG Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? NILWAN (lapan kiri), Sualim (sembilan kiri), Yahya (sepuluh kiri), Marajan (empat kiri), Hadzlan (tujuh kiri) dan Johari (enam kiri) bergambar kenangan bersama peserta Kursus Pengurusan dan Kepimpinan JKKK/JKDB Sulaman, Tuaran.
NILWAN (lapan kiri), Sualim (sembilan kiri), Yahya (sepuluh kiri), Marajan (empat kiri), Hadzlan (tujuh kiri) dan Johari (enam kiri) bergambar kenangan bersama peserta Kursus Pengurusan dan Kepimpinan JKKK/JKDB Sulaman, Tuaran.
 ??  ?? NILWAN (empat kanan) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta.
NILWAN (empat kanan) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia