Utusan Borneo (Sabah)

Teater Jalanan - Pentas ujian pelajar Ogy’s Centerstag­e & Academy

- MENGHAFAL DAN MEMAHAMI

SENIWATI Fauziah Ahmad Daud, melalui Ogy´s Centerstag­e & Academy akan menganjurk­an ‘Street Theatre Carnival’ atau Karnival Teater Jalanan pada 3 - 4 Mac ini.

Karnival yang akan diadakan di Courtyard Fountain, Street Market, The Curve, Mutiara Damansara, berkonsepk­an seni persembaha­n teater yang telah lama ada dan banyak diadakan di Eropah dan Amerika, kata Fauziah atau lebih dikenali dengan Ogy dalam kenyataan.

Namun di Malaysia, katanya, ia masih asing lagi walaupun seni pemuzik jalanan atau busking semakin mendapat tempat di hati orang ramai.

Penganjura­n Teater Jalanan ini adalah penganjura­n kali kedua seumpamany­a di Malaysia.

Kali pertama ianya diadakan adalah pada 1990 di bawah arahan Allahyarha­m Syed Alwi di hadapan Kompleks SOGO di mana Ogy merupakan salah seorang pelakonnya.

“Saya melihat Teater Jalanan sebagai platform terbaik untuk menguji bakat lakonan para pelajar saya,” kata

Ogy lagi.

“Cabaran mereka bukan hanya menghafal dan memahami skrip tetapi mereka perlu memikirkan bagaimana mereka mampu untuk menarik perhatian dan minat orang ramai yang lalu lalang di sekeliling mereka,” kata Ogy.

“Saya menyambung apa yang telah dimulakan oleh Allahyarha­m Syed Alwi dan saya harap ini akan menjadi legasi yang akan saya tinggalkan untuk industri seni tanahair suatu hari nanti,” jelas beliau lagi.

Selain daripada Teater Jalanan, karnival tersebut turut menganjurk­an beberapa acara lain seperti Ujibakat sebagai Pengacara dan Pelakon, Pertanding­an Jurumekap Meletop dan Pencarian Lelaki Idaman Malaysia.

Mereka yang berminat untuk menyertai acara-acara yang diadakan dijemput hadir pada hari karnival ini.

Untuk maklumat berkenaan ?Street Theater Carnival´ sila hubungi talian 011- 2358 6780 atau 010-445 4645.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia