Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda didakwa sebabkan kematian

-

KOTA KINABALU: Seorang pemuda berusia 20 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menyebabka­n kematian.

Mohd Faizal Johari, 20, yang didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, menyebabka­n kematian seorang lelaki yang tidak memiliki dokumen, berusia 22 tahun.

Kesalahan dilakukan pada 8 Ogos tahun lalu antara jam 7 malam hingga jam 10 malam, di hadapan syarikat Melbau Enterprise, Taman Tanjong Kapor, daerah Kudat.

Hukuman yang diperuntuk­kan, jika sabit kesalahan penjara selama tempoh 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan pada 26 Mac untuk pengurusan kes terhadap tertuduh, dan tarikh perbicaraa­n pada 13 hingga 14 Ogos.

Mahkamah memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM7,000 yang dicagarkan seorang penjamin tempatan, sementara menunggu kes selesai.

Tertuduh juga diperintah­kan melaporkan diri di balai polis mengikut masa ditetapkan, dilarang keluar dari daerah dan dilarang mengganggu saksi.

Sekiranya Mohd Faizal gagal mematuhi semua perintah berkenaan, jaminan terhadapny­a akan dibatalkan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Hafizah Zahidah Abdul.

Di Kuala Lumpur, seorang penasihat servis Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengaku tidak bersalahdi Mahkamah Majistret Ampang atas 13 pertuduhan mencuri wang milik majikannya lebih RM6,000.

Nurul Wahida Yaakob, 30, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di dua mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali dan Haslinda A. Raof.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-13, wanita itu didakwa mencuri harta iaitu wang tunai berjumlah keseluruha­n RM6,709 milik Dasuki Motors Sdn Bhd (Perodua Authorised Parts & Service Dealer) di premis syarikat itu di Batu 7 3/4, Jalan Hulu Kelang, Hulu Langat, di sini antara Januari 2017 dan Januari 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia