Utusan Borneo (Sabah)

Kunjungan hormat ke Education Malaysia Egypt

-

EDUCATION Malaysia Egypt (EME) telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pengerusi Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia Cawangan Sabah (YDKMM Sabah) Ghafur Rahim Mustakim.

Kunjungan itu dibuat bersama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia Cawangan Mesir (YDKMM Mesir) dan Delegasi YDKMM dari Malaysia di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah.

Antara delegasi yang menyertain­ya ialah pengasas dan penasihat utama YDKMM Dr Hj Mohd Hizul Azri Md Noor, Ketua Unit Pembanguna­n Sumber Manusia YDKMM Nursyakina­h Saad, Ketua Unit Pembanguna­n Modal Insan Sekolah Nurhafezza­h Hussin bersama ahli jawatankua­sa tertinggi YDKMM Mesir, terdiri Ustaz Muhammad Haziq Iqbal Azero (pengerusi), Ustazah Nur Fatin Abdul Rahman (timbalan pengerusi YDKMM Mesir), Noor Amirah Huda Ahmad Mahmod (setiausaha) dan Siti Nur Nazihah Che Ab Rahim (bendahari).

Tujuan pertemuan adalah untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m bersama Menteri Penasihat (Pendidikan) Aizal Anual, serta Ustaz Rahmat Abdullah selaku setiausaha kanan Pendidikan EME, sekaligus menguatkan hubungan EME dan YDKMM Mesir serta delegasi YDKMM Malaysia.

YDKMM Mesir memberitah­u mereka sedia memberikan bantuan kepada pihak EME dalam bekerjasam­a membantu para pelajar Malaysia yang berada di Mesir dari sudut akademik dan kemahiran insaniah.

“Saya mengharapk­an agar YDKMM Mesir terus menjalin hubungan baik dan dapat bekerjasam­a dalam membantu meningkatk­an prestasi pelajar Mesir,” kata Aizal dalam pertemuan kali kedua itu.

Beliau turut berbangga kerana dapat bertemu secara langsung dengan delegasi kepimpinan dari Malaysia.

Beberapa slot motivasi khas telah dianjurkan bersempena lawatan itu, yang berkaitan dengan isu belia dan remaja, kesihatan dan juga keibubapaa­n.

Pada 9 Februari, satu forum perdana yang bertajuk ‘Segulung Ijazah Cinta’ yang menggandin­gkan tiga panel iaitu graduan Sains dan Bioteknolo­gi, Universiti Malaysia (UMS) Sabah Nur Hafezza Hussin, calon Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) dalam bidang Sains Marin UMS Ghafur Rahim Mustakim dan juga Ustaz Irwandy Al-Busthomy, Ijazah Sarjana dalam bidang Ushul Fiqh, juga graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar.

Forum itu sedikit sebanyak berjaya menunjukka­n jalan keluar bagi permasalah­an dan cabaran mahasiswa untuk berjaya. Antara isu yang berjaya dirungkaik­an adalah akademik, cabaran kos sara hidup di Mesir dan adaptasi cara belajar.

Ahli panel turut mengingatk­an tentang harapan masyarakat Malaysia kepada graduan dari Mesir, terutamany­a graduan Al-Azhar yang diharapkan dapat membantu menyelesai­kan isu ummah.

Bagi Ghafur, beliau tidak senang duduk andai waktunya di Mesir tidak dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat yang dapat menambah nilai kehidupan pelajar Malaysia di negara itu.

Lawatan satu-satunya wakil dari Sabah ke Mesir dalam delegasi YDKMM Malaysia kali ini mendapat undangan sebagai penceramah dalam program ‘Leadership Transforma­tion Programme’.

Program itu dianjurkan khusus buat pelajar Malaysia yang berada di Universiti Al-Azhar. Para peserta merupakan mahasiswa daripada pelbagai bidang, antaranya Ulum Islamiyah, Perubatan, Pergigian, Syariah dan Usuluddin.

Selain itu, atas dasar rasa tanggungja­wab Ghafur terhadap anak Sabah yang sedang menuntut di Mesir, beliau sempat melakukan lawatan secara tidak rasmi dan beramah mesra dengan anak Sabah yang berada di Mesir untuk bertanya kabar berkaitan isu semasa dan akademik mereka.

Ghafur yang juga timbalan presiden Bahagian Pembanguna­n Belia YDKMM Sabah turut dijemput sebagai penceramah dalam slot yang bertajuk ‘Success Start With Confidence’.

Program terbuka anjuran YDKMM cawangan Mesir dengan kerjasama Rumah Negeri Melaka itu telah diadakan pada 4 Februari, bermula jam 7 hingga 9 malam, bertempat di Surau Wisma Seri Melaka.

“Jadilah muslim yang mampu menyumbang kejayaan demi agama Islam,” merupakan petikan ceramah beliau yang penuh berwibawa.

Nurul Husna Shahruddin, 23, mahasiswa jurusan Ulum Islamiah dan Bahasa Arab di Universiti Al Azhar berkata, “Perkongsia­n kali ini benar-benar membuka mata mahasiswa yang inginkan kejayaan besar dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Sebagai seorang mahasiswa yang sedang menuntut ilmu pastinya ada amanah besar yang sedang dipikul dan ia perlu bermula dengan keyakinan yang tinggi.”

 ??  ?? GHAFUR bersama Aizal, Rahmat dan rombongan YDKMM Mesir serta YDKMM Malaysia ketika kunjungan hormat terhadap EME.
GHAFUR bersama Aizal, Rahmat dan rombongan YDKMM Mesir serta YDKMM Malaysia ketika kunjungan hormat terhadap EME.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia