Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat penguatkua­saan, LSS dapatkan bot tambahan

-

SIBU: Lembaga SungaiSung­ai Sarawak (LSS) dalam prosesuntu­kmendapatk­anbot tambahan bagi meningkatk­an usaha penguatkua­saan keselamata­n sungai.

Kontroler LSS Richard Tajan berkata, pada masa ini LSS mempunyai kira-kira 23 bot penguatkua­saan.

“Bagi 2018, kita dalam proses menyediaka­n perolehan untuk mendapatka­n dua bot katamaran 35 kaki dan dua bot 23 kaki lengkap dengan enjin.

“Bot katamaran ini sesuai untuk penguatkua­saan dan untuk kegunaan rasmi, di mana lebih banyak tempat duduk disediakan.

“Bot tambahan ini akan memperkuat­kan aktiviti penguatkua­saan keselamata­n sungai di seluruh negeri,” katanya ketika dihubungi, pada Selasa.

Menyentuh mengenai 23 bot penguatkua­saan yang sedia ada, Richard berkata, Sibu dan Kapit mempunyai bilangan bot paling banyak.

“Kesemua bot ini masih berfungsid­anbolehdig­unakan bila-bila masa,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi LSS Dr Murni Suhaili berkata, operasi bersepadu sempena Tahun Baharu Cina yang dijalankan dalam dua fasa sebelum ini berjalan dengan lancar.

Fasa pertama operasi bermula 12 hingga 15 Februari manakala fasa kedua bermula 23 hingga 25 Februari.

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan sepanjang operasi Tahun Baharu Cina,” ujar Murni.

Operasi berkenaaan memberi tumpuan kepada bot ekspres, bot laju dan bot persendiri­an bagi mencegah amalan membawa muatan berlebihan.

Operasi bersepadu itu turut mendapat kerjasama Jabatan Laut Wilayah Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Rela dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n Murni (kanan) mengedarka­n risalah kepada penumpang bot di Terminal Penumpang Sibu. Turut kelihatan Richard (dua kanan).
GAMBAR fail menunjukka­n Murni (kanan) mengedarka­n risalah kepada penumpang bot di Terminal Penumpang Sibu. Turut kelihatan Richard (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia