Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mengaku salah cederakan rakan sekerja

Cederakan rakan sekerja

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini, menangguhk­an pada 16 Mac untuk jatuh hukum terhadap seorang lelaki yang didakwa mencederak­an rakan sekerjanya.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh itu terhadap Rizoh Bangguk, sementara laporan perubatan mangsa disediakan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, mengaku menendang pinggang mangsa seorang wanita berusia 18 tahun.

Kesalahan dilakukan pada 24 Febuari jam 4 petang, di YK Yong Trading Bundusan Penampang.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, penjara selama setahun atau denda, atau kedua-duanya.

Berdasarka­n fakta kes, kejadian berkenaan berlaku akibat tertuduh yang salah faham terhadap mangsa.

Mangsa seorang jurujual di sebuah premis, ditugaskan majikannya untuk bekerja di tingkat atas.

Tertuduh tidak berpuas hati terhadap mangsa, kerana tidak memberikan perhatian kepada pelanggan dan tidak melakukan tugas dengan baik.

Apabila mangsa berdiri di hadapan kaunter, tertuduh datang dan menendang pinggang mangsa, di samping mengeluark­an kata-kata kesat.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh, yang diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin melakukan pendakwaan terbabit.

“Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, penjara selama setahun atau denda, atau kedua-duanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia