Utusan Borneo (Sabah)

Festival Jazz KK ke-12 pada 9-10 Mac ini

- Oleh JOHN TAMBANAN

FESTIVAL Jazz Kota Kinabalu kembali lagi untuk edisi ke12 tahun ini pada 9 dan 10 Mac 2018, bertempat di Gelanggang Tenis Tertutup, Sutera Harbour Marina Golf & Country Club.

Festival itu diadakan bagi meneruskan misi untuk menyediaka­n landasan bertaraf antarabang­sa untuk artis tempatan bagi mengumpulk­an dana untuk projek komuniti.

Pengerusi penganjur Jack Ong berkata, kualiti pemuzik tempatan telah meningkat dengan pesat sejak kali pertama festival jazz diadakan, memperkaya pemandanga­n seni tempatan.

“Kualiti jauh lebih baik sekarang dan kita tidak perlu pergi ke tempat lain untuk mencari bakat seperti itu. Ini seiring dengan projek jangka panjang kami, di mana kami dapat melihat bahawa artis tempatan telah berkembang dengan festival ini, “katanya semasa majlis pelancaran Festival Jazz Kota Kinabalu 2018 (KKJF2018), bertempat disebuah restoran terkemuka di sini pada Jumaat.

Pengerusi bersama, Roger Wang menambah bahawa lebih banyak kumpulan tempatan telah ditonjolka­n pada peringkat utama festival itu selama bertahunta­hun, dengan jumlah pemuzik yang semakin meningkat dan terus berkembang.

“Kini terdapat lebih banyak pemuzik yang berada di peringkat profesiona­l dan antarabang­sa. “Malah, kami juga melihat lebih ramai pemuzik yang menonjol dari Sandakan, Tawau dan Labuan. Ini menunjukka­n pemuzik tempatan berkembang dengan baik, “katanya.

Tahun ini, Festival Jazz Kota Kinabalu mensasarka­n lebih ramai penonton dari China dan Korea, kata Jack, tidak seperti pada tahuntahun sebelumnya.

“Kami berharap dapat menarik lebih banyak pelancong kali ini. Sebahagian besar pelancong berada di KK. Jadi kami membuat usaha bersepadu untuk mengalu-alukan mereka ke festival ini, “katanya.

Roger berkata, Festival Jazz KK bertepatan dengan Festival Jazz Jawa di Jakarta, yang berkaitan dengan inisiatif jawatankua­sa untuk meningkatk­an kehadiran pelancong.

Sementara itu, hasil daripada festival muzik dua hari itu akan disalurkan kepada khidmat masyarakat yang diketuai oleh Rotary Club Kota Kinabalu, termasuk kem perubatan untuk kampung-kampung di pedalaman dan projek air graviti.

Antara artis tempatan yang ditampilka­n pada festival itu tahun ini termasuk Rozella dan Esther Applunius, selain pemenang Bakat Carian Christophe­r Aban, Vivace, The Kissinger dan Alu-alu Project.

Para artis tempatan ini akan membuat pesembahan bersama artis antarabang­sa seperti Sybil Thomas dari Hong Kong / USA dan Mezzotono dari Itali.

Sybil, anak perempuan kepada Rufus Thomas dan anak saudara kepada Bobby Taylor, juga akan mengadakan ceramah untuk berkongsi pengalaman­nya selama hampir 40 tahun dalam industri itu pada 8 Mac, di Institut Kesenian Sabah. Masuk adalah percuma.

Tiket ke Festival

Jazz KK Ke-12 kini boleh didapati di airasiared­tix.com, premis Coffee Bean

& Tea Leaf (Damai, Riverson dan Wisma Merdeka), Party Play Lifestyle Cafe (Jalan Gaya) dan Sutera Harbour Marina Golf & Country Club.

Pas satu hari berharga RM100 dengan pas dua hari pada harga RM150, untuk tempat duduk biasa dijual kepada siapa cepat dia dapat.

Meja Perdana berharga RM1,000 untuk satu malam untuk enam orang atau RM200 seorang untuk satu malam, tempat duduk dikongsi secara bersama.

Gerai makanan dan minuman juga akan disediakan, menampilka­n Coffee Bean, Party Play, Chopping Blok C, Borenos dan Carlsberg, antara lain. Kupon F & B boleh didapati dengan harga RM20 dan RM50 setiap naskah.

Festival KK Jazz dianjurkan bersama oleh Rotary Club Kota Kinabalu dan Society of Performing Arts Kota Kinabalu Sabah (SPArks), Diitaja oleh Sime Darby dan Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan disokong penuh oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan

Carlsberg.

 ??  ??
 ??  ?? JACK dan Roger (tengah) bersama ahli jawatankua­sa Festival Jazz Kota Kinabalu Jazz pada pelancaran untuk media pada Jumaat.
JACK dan Roger (tengah) bersama ahli jawatankua­sa Festival Jazz Kota Kinabalu Jazz pada pelancaran untuk media pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia