Utusan Borneo (Sabah)

PM komited masa depan Sabah

Kejayaan Sabah hasil persefaham­an antara kerajaan negeri dan pusat

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kejayaan Sabah dalam pelbagai sektor pada hari ini adalah terhasil daripada hubungan baik terjalin di antara kerajaan negeri dan pusat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hubungan yang terjalin di antara Sabah dan kerajaan persekutua­n tidak dapat dinafikan sehingga memacu kepada pembanguna­n negeri ini.

“Sekiranya kita mempunyai hubungan politik dan pentadbira­n yang serasi, maka kemajuan di negeri ini dapat dicapai.

“Saya sebagai Perdana Menteri sangat komited untuk masa depan Sabah, ini bukan retorik politik tetapi adalah yang benar,” katanya ketika menyampaik­an amanat beliau pada Majlis Perhimpuna­n Perdana bersama Anggota Perkhidmat­an Awam Negeri dan Persekutua­n, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sejak menjadi Perdana Menteri peruntukan untuk Sabah sentiasa diberikan keutamaan khususnya melalui Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Katanya, kini seramai enam menteri persekutua­n adalah berasal daripada Sabah yang mana sebelumnya ini adalah tujuh kesemuanya.

“Jawatan ketua pengarah serta jawatan penting lain dalam kerajaan juga telah diberikan kepada orang Sabah,” katanya.

Menurutnya, kini guru, jururawat yang berkhidmat di Sabah adalah hampir kesemuanya adalah berasal daripada negeri ini.

Dalam pada itu, Najib juga menjelaska­n bahawa prestasi negara kini adalah berada yang terbaik dan tergolong dengan negara-negara dalam kumpulan A.

“Orang yang mengatakan negara kita akan bankrup adalah tidak benar sama sekali, mata wang kita antara yang menunjukka­n prestasi terbaik di dunia dalam tempoh dua bulan ini.

“Ekonomi negara kita berkembang kerana prestasi Malaysia sentiasa di luar jangkaan,” katanya.

Sementara itu, pada satu sidang media yang diadakan, Najib yakin Sabah masih kubu kuat untuk Barisan Nasional (BN).

Bagaimanap­un katanya, beliau tidak boleh leka dan komponen BN Sabah juga perlu sentiasa bekerja keras.

“Dengan mandat rakyat yang baharu, segala perancanga­n yang ingin dilaksanak­an mampu berjalan dengan lancar,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman serta menteri-menteri kabinet yang lain.

 ??  ?? NAJIB (depan, enam kiri) dan Musa (depan,tujuh kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
NAJIB (depan, enam kiri) dan Musa (depan,tujuh kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia