Utusan Borneo (Sabah)

Hospital pintar pertama di Malaysia ditubuhkan di UMS

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Penubuhan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan teknologi digital akan menjadikan­nya hospital pintar (smart hospital) pertama di negara ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata, dengan konsep itu HUMS akan menjadi bangunan pintar (intelligen­ce building) yang lengkap dengan bilik darjah pintar, dewan bedah (OT) digital yang berhubung terus dengan bilik kuliah, 100 peratus laporan perubatan digital serta sistem e-klinikal.

“Untuk menjadi hospital pintar, saya pasti akan berlaku keperluan-keperluan tertentu dari masa ke semasa melibatkan peralatan, kemudahan tambahan, latihan dan pengembang­an bakat serta Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT),” katanya.

Beliau berkata, Hospital Pengajar ini dilihat akan menjadi ‘game changer’ di negeri ini kerana ia bukan hanya bertindak sebagai pusat pengajaran dan latihan klinikal pelajar perubatan UMS malah, hospital ini juga bakal memberi perkhidmat­an kesihatan kepada komuniti di Sabah.

Beliau percaya senario itu akan melonjakka­n tahap aksesibili­ti kemudahan kesihatan berkualiti untuk masyarakat umum di negeri ini.

Menurutnya inisiatif mewujudkan hospital pintar itu selaras dengan usaha mentransfo­rmasikan UMS sebagai Kampus Pintar (Smart Campus).

Pembinaan HUMS di kawasan seluas 110, 853 meter persegi ini melibatkan kos berjumlah RM652 juta. Projek ini dijadualka­n siap pada 2021.

Hospital yang akan memuatkan 400 buah katil ini akan menyediaka­n perkhidmat­an seperti khidmat doktor pakar, pusat pembelajar­an pelajar perubatan dan jururawat, perkhidmat­an pakar ortodontik, perkhidmat­an kecemasan dan trauma 24 jam, perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan dan pusat farmasi.

Mary berkata, HUMS ini adalah sebahagian daripada Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 20152025 untuk menuju ke arah keunggulan global.

Penggunaan tagline ‘soaring upwards’ bertujuan untuk menggambar­kan landskap pendidikan tinggi Malaysia semakin meningkat.

Beliau berharap hospital itu akan berupaya menjadi pusat kecemerlan­gan penyelidik­an berkaitan perubatan dan kesihatan yang unggul di Malaysia.

Sementara itu Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, penubuhan HUMS itu dilihat sebagai usaha kerajaan dalam membantu meningkatk­an ilmu berkaitan perubatan dan kesihatan kepada masyarakat setempat.

“Kini UMS boleh berdiri sama tinggi dengan universiti awam lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia yang memiliki hospital sendiri,” katanya.

Katanya, pembinaan hospital itu adalah bukti kerajaan menepati janji bagi membantu dan memenuhi keperluan rakyat di negeri ini.

Musa, yang juga ProCanselo­r UMS melahirkan penghargaa­n atas kesudian Perdana Menteri melancarka­n projek pembanguna­n yang bernilai hampir RM700 juta itu.

 ??  ?? REKAAN model Hospital Pengajar UMS yang dijadualka­n siap pada 2021.
REKAAN model Hospital Pengajar UMS yang dijadualka­n siap pada 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia