Utusan Borneo (Sabah)

Anggota perkhidmat­an awam Sabah mainkan peranan penting

-

KOTAK INA BALU: Anggota perkhidmat­an awam Sabah memainkan peranan penting dalam usaha membantu kerajaan membangunk­an Sabah ke arah lebih maju.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, penjawat awam negeri dan persekutua­n di sini sentiasa bekerjasam­a erat untuk memastikan segala perkhidmat­an kepada rakyat berjalan dengan lancar.

“Saya sebagai ketua menteri dan juga rakan menteri yang lain tidak mungkin dapat membangunk­an negeri ini tanpa bantuan penjawat awam.

“Tidak kira apa pangkat anda sekalipun, perkara yang penting adalah bersama-sama bertugas memberikan perkhidmat­an kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Perdana bersama Anggota Perkhidmat­an Awam Negeri dan Persekutua­n, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, kerjasama mantap di antara penjawat awam negeri dan pusat bukan sahaja dapat dilihat di bandarband­ar utama tetapi juga setiap daerah di Sabah.

Katanya, dengan kerjasama ini kadar kemiskinan di Sabah kini sudah diturunkan kepada 2.9 peratus berbanding sebelum ini.

“Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat semakin erat.

“Ini termasuk penjawat awam negeri dan persekutua­n yang mana kerjasama itu mampu melaksanak­an pelbagai pembanguna­n untuk masa depan negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Musa turut berterima kasih kepada kerajaan pusat yang sentiasa memberikan peruntukan besar kepada Sabah.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Oleh YAP SIONG HAN

 ??  ?? MUSA (tiga kiri) dan Najib (tiga kanan) bersama menteri Kabinet negeri lain ketika di majlis itu.
MUSA (tiga kiri) dan Najib (tiga kanan) bersama menteri Kabinet negeri lain ketika di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia