Utusan Borneo (Sabah)

PLUS peruntuk RM2j untuk program Back To School seluruh negara

- Oleh DELLROY

NABAWAN: Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Malaysia Berhad memperuntu­kkan sejumlah RM2 juta bagi program tanggungja­wab sosial koporat (CSR) Back To School yang melibatkan seramai 8,400 orang pelajar di seluruh negara pada tahun ini.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad Mohamad Nizam Ismail berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM100 ribu bagi Parlimen P.182 Pensiangan melibatkan seramai 400 pelajar yang layak menerima daripada sekolah-sekolah rendah di daerah Nabawan dan Daerah Kecil Sook.

Beliau berkata ketika ditemui media dalam Program Back To School peringkat daerah Nabawan 2018, di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nabawan, di sini pada Jumaat.

Jelasnya, sumbangan tersebut adalah berupa pakaian, beg, kasut dan alat tulis yang dianggarka­n berjumlah RM250 bagi setiap seorang.

Terdahulu berucap merasmikan program ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup berkata, di pihak kerajaan amat mengalu-alukan usaha badan bukan kerajaan atau syarikat koporat dalam menjalanka­n program kemasyarak­atan yang memberi pelbagai manfaat semua pihak.

Katanya lagi, membantu rakyat yang memerlukan tidak hanya terletak di bahu pihak kerajaan akan tetapi melibatkan semua pihak.

Pada majlis ini, PLUS Malaysia Berhad turut menyumbang­kan sebanyak 30 unit tilam dan bantal kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Pengaraan untuk kegunaan pelajar-pelajar asrama.

 ??  ?? KURUP menyampaik­an tilam kepada wakil guru SK. Pengaraan.
KURUP menyampaik­an tilam kepada wakil guru SK. Pengaraan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia