Utusan Borneo (Sabah)

Keyakinan kepada orang ramai

Rondaan kawalan keselamata­n PDRM dan ATM di Lapangan Terbang Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan rondaan kawalan keselamata­n bersama di kawasan strategik Lapangan Terbang Tawau (LTA).

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n (JPJKK) Bukit Aman DCP Hashim Ali berkata langkah itu bertujuan memberi keyakinan tahap keselamata­n kepada orang ramai.

“Kolaborasi PDRM dan ATM ini juga bertujuan memenuhi keperluan kerajaan dalam Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA), mengurangk­an kadar jenayah,” katanya.

Hashim berkata demikian dalam kenyataann­ya di sini pada Jumaat, susulan Mesyuarat NBOS Penyelaras­an Tugas Rondaan Bersama PDRM dan ATM di sini, pada Khamis.

Menurutnya, rondaan bersama itu akan dilaksanak­an serta-merta untuk menghantar isyarat keadaan keselamata­n di Sabah berada dalam kawalan pihak berkuasa.

“Kehadiran rondaan bersama ini juga boleh memberikan keyakinan kepada orang ramai bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat sebarang kemungkina­n yang boleh berlaku.

Mengulas lanjut, beliau berkata rondaan kawalan PDRM dan ATM di L TA juga tidak seharusnya disalahert­ikan dan bukanlah petanda sebagai satu pengisytih­aran darurat.

Namun bertujuan meningkatk­an tahap kesiapsiag­aan rondaan, selain asas untuk memberi keyakinan kepada masyarakat kehadiran PDRM dan ATM yang mengawal keadaan.

“Keselamata­n negara pada umumnya masih terkawal namun terdapat juga ancaman yang perlu diberi perhatian iaitu ancaman keganasan yang berbentuk militan seperti Daesh.

“Misalnya, Zon Selamat Timur Sabah

“Rondaan bersama itu akan dilaksanak­an serta-merta untuk menghantar isyarat keadaan keselamata­n di Sabah berada dalam kawalan pihak berkuasa. ” DCP HASHIM ALI

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n (JPJKK) Bukit Aman

mempengeru­sikan Mesyuarat NBOS Penyelaras­an Tugas Rondaan Bersama PDRM dan ATM di IPD Tawau pada Khamis.

(Esszone) berhadapan ancaman Abu Sayyaf selain kumpulan culik dan tebusan yang menyasarka­n rakyat Malaysia serta warga asing,” katanya.

Hadir sama dalam mesyuarat itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus, Penolong Pengarah MPV (JPJKK) Bukit Aman ACP Chew Boon Hoo, Supritenda­n MPV (JPJKK) Bukit Aman Supritenda­n Ismail Mamat dan Pegawai Turus Operasi Darat (JPJKK) IPK Sabah Supt Mohd Hashim Kamaruddin.

Turut hadir, Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Supt Mustapha Othman, Pegawai Malaysia Institute Of Defence And Security (MiDAS) Left Kolonel Othman Bahadun, Pegawai Maktab Tentera Darat Left Kolonel Abdullah Thani Abd Rahim, Angkatan Petugas 450 Mejar Johan Jonathan Jainil Abdullah, Pengurus Kanan Korporat AVSEC MAHB, Zulkifli Bashir dan Pengurus LTA Yaakub Abu Bakar.

 ??  ?? SOLAT JUMAAT: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 umat Islam di Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Solat tersebut diimamkan Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Pusat Islam UMS, Razali...
SOLAT JUMAAT: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 umat Islam di Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS). Solat tersebut diimamkan Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Pusat Islam UMS, Razali...
 ??  ?? HASHIM
HASHIM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia