Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa tipu pembelian tanah di Temerloh

-

MARAN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas dua tuduhan penipuan pembelian tanah melibatkan kerugian bernilai RM11,500, dua tahun lepas.

Tertuduh Mohamed Nordin Mohamed Yusoff, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorida.

Mohamed Nordin dari Kampung Penak Atas, Mentakab dekat sini didakwa memperdaya­kan Salehudin Ahmad Kadri, 50, pada pukul 9.46 malam, 14 Ogos 2016 di Bank CIMB Maran di sini, untuk mendeposit­kan wang berjumlah RM1,500 ke dalam akaun miliknya.

Tertuduh juga mengulangi kesalahan itu pada pukul 10 pagi, 19 Ogos 2016 di luar pagar sebuah sekolah agama di Kampung Awah di sini yang menyebabka­n mangsa menyerahka­n wang tunai berjumlah RM10,000 kepadanya.

Wang itu kononnya sebagai urusan deposit pembelian tanah lot bernombor PT4142 Mukim Bangau Padang Lalang Temerloh yang kononnya milik tertuduh.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bertubuh tinggi dan berkulit cerah itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun

-Gambar Bernama

Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof menawarkan jaminan tidak kurang daripada RM10,000 kepada Mohamed Nordin atas alasan tertuduh masih mempunyai empat kes lain di Temerloh melibatkan mangsa lain.

Peguam Radhiah Hanim Mohd Naim dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan merayu supaya jumlah itu dikurangka­n atas alasan anak guamnya mempunyai seroang ibu dan anak.

Nur Syafiqah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 2 April depan.- Bernama

 ??  ?? MOHAMED NORDIN diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret, pada Jumaat, selepas mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan penipuan pembelian tanah melibatkan kerugian bernilai RM11,500, dua tahun lepas.
MOHAMED NORDIN diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret, pada Jumaat, selepas mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan penipuan pembelian tanah melibatkan kerugian bernilai RM11,500, dua tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia