Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan BN atasi hal lain

Berikan sokongan padu kepada calon BN pada PRU-14

- (tengah) menerima kunjungan media Labuan.

LABUAN: Semua pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) termasuk mantan pemimpin wajar memberikan sokongan padu kepada calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata mereka sewajarnya memahami prinsip yang diterapkan Pengerusi BN Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak iaitu kemenangan BN mengatasi hal-hal yang lain.

Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Pendidikan menasihatk­an semua pihak baik pemimpin Umno mahupun parti komponen BN bekerja keras memastikan kemenangan calon BN pada PRU kali ini.

“Sepatutnya kita semua

“Sepatutnya kita semua mempunyai semangat dan niat yang kuat untuk memastikan kemenangan besar BN pada PRU-14. Sama ada dicalonkan atau tidak, apa yang mustahak ialah kemenangan BN sebab apabila BN menang nanti, kita semua juga akan mendapat ” ganjaranny­a. DATUK SERI MAHADZIR KHALID

mempunyai semangat dan niat yang kuat untuk memastikan kemenangan besar BN pada PRU-14. Sama ada dicalonkan atau tidak, apa yang mustahak ialah kemenangan BN sebab apabila BN menang nanti, kita semua juga akan mendapat ganjaranny­a,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Titian Kasih Bersama Warga Pendidikan Labuan di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulas­i Labuan di sini pada Jumaat.

Terdahulu, beliau yang diiringi Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin menghadiri Program Kunjungan Kasih Ke SMK Taman Perumahan Bedaun.

Pada majlis itu, beliau mengumumka­n peruntukan sebanyak RM300,000 untuk Parlimen Labuan bagi pembanguna­n pendidikan di wilayah ini.

Selain itu, Mahadzir mengumumka­n peruntukan sebanyak RM15 juta untuk menaiktara­f bekas flat guru untuk dijadikan Pusat Tingkatan Enam yang kini berpusat di SMK Labuan.

Mengenai tindakan beberapa guru yang menyokong pembangkan­g, Mahadzir berkata kalau mereka terlampau ketara menyokong pembangkan­g, mereka kena ingat kedudukan mereka sebagai penjawat awam.

“Segelintir sahaja guru yang melampau menyokong pembangkan­g ini. Tapi saya ingatkan mereka kalau KPM beri teguran, mereka kena akur dan janganlah menyalahka­n kerajaan atau kementeria­n,” katanya.

‘Mereka (guru) kena terima bahana kesan menjadi penyokong kepada parti pembangkan­g,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Mahadzir mahu warga pendidik memberikan sokongan padu kepada Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang berusaha gigih memperkasa bidang pendidikan di wilayah ini.

“Datuk Rozman seorang pemimpin yang sentiasa mengutamak­an bidang pendidikan di Labuan. Sehubungan itu, warga pendidik harus memberikan sokongan kepada beliau untuk meneruskan agenda pemerkasaa­n pendidikan di pulau ini,” katanya.

 ??  ?? ROZMAN
ROZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia