Utusan Borneo (Sabah)

Permuafaka­tan terjalin dalam kalangan staf JPP UMS

-

KOTA KINABALU: Perhimpuna­n bulanan kali ke2 Jabatan Pembanguna­n dan Penyelengg­araan Universiti Malaysia Sabah (JPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2018 yang diadakan baru-baru ini berlangsun­g penuh meriah dan semangat perpaduan dalam kalangan staf jabatan itu.

Majlis yang diadakan di Dataran JPP itu disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pembanguna­n dan Penyelangg­araan UMS, Ir. Pungut Ibrahim.

Dalam kata-kata perangsang beliau, Ir. Pungut amat berpuas hati dengan kerjakerja yang dilaksanak­an oleh semua bahagian.

Katanya, ini menunjukan satu petanda kemajuan yang terbaik yang ditunjukan oleh setiap staf dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

Pungut berkata, sesuatu tugas yang diamanahka­n apabila ianya dilaksanak­an dengan suasana yang harmoni dan bertanggun­gjawab pastinya akan menghasilk­an kerja yang sempurna.

“Perbincang­an di antara satu dengan yang lain adalah kunci kejayaan bagi membuat penyelesai­an dan akan menghasilk­an kerja yang lebih sempurna.

“Saya minta kepada semua staf agar sentiasa meneruskan permuafaka­tan di antara satu dengan yang lain dan perlu mengelakka­n perbalahan yang boleh mendatangk­an kesan yang kurang baik kepada jabatan mahupun universiti,” katanya.

Turut diadakan acara senamrobik yang sangat sesuai untuk semua staf supaya sentiasa menjaga kesihatan agar sentiasa cergas minda untuk kecemerlan­gan bagi melaksanak­an tugas-tugas harian.

Kemeriahan perhimpuna­n JPP itu semakin dirasai apabila diadakan perasmian Kelab Sukan dan Rekreasi JPP yang disempurna­kan oleh Pengerusi Kelab, Jorin Matawas.

Dalam ucapannya, Jorin memaklumka­n bahawa kelab itu mendapat kelulusan pendaftara­nnya pada 14 Februari lalu.

Jorin berharap dengan tertubuhny­a kelab itu, pelbagai acara sukan akan dapat dilaksanak­an sebagai satu riadah bagi staf JPP untuk menghilang­kan rasa bosan melaksanak­an kerja-kerja harian.

Sejurus perasmian kelab itu, Jorin telah menyampaik­an sijil pendaftara­n dan Peraturan Kelab kepada Pengarah JPP, Ir. Pungut selaku penaung kelab.

Mengenai senamrobik itu, ianya adalah acara julungjulu­ng kali dibuat di JPP yang diselarask­an oleh Penolong Pendaftar, Rohani selaku Biro Outdoor dalam Kelab Sukan.

Turut hadir Juruteraju­rutera Kanan dan Bahagian dan Penolong-penolong Jurutera serta pegawai JPP.

 ??  ?? IBRAHIM dan staf JPP menyertai acara senamrobik di Dataran JPP.
IBRAHIM dan staf JPP menyertai acara senamrobik di Dataran JPP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia