Utusan Borneo (Sabah)

PDMBU minta sokongan

Jayakan kawasan pelanconga­n Dusun Minamasok

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS (dua kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Sahanip (tiga kanan).

KENINGAU: Persatuan Dusun Minamasok Borneo Utara Sabah (PDMBU) berjaya mengadakan Hari Keluarga dengan meriahnya yang disertai ahli persatuan daripada pelbagai latarbelak­ang seluruh Sabah.

Program yang diadakan selama sehari dijalankan di Perkampung­an Dusun Minamasok Batu 17 Kimanis yang sudah diwujudkan sejak lima tahun lalu.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil yang mewakili Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Sairin Karno dalam ucapannya berkata hari keluarga yang julung kalinya bertujuan mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan ahli persatuan PDMBU.

“Selain memanfaatk­an program untuk mengenali antara satu sama lain hari keluarga ini juga bertujuan untuk meminta agar pihak kerajaan menyokong usaha ahli dalam mewujudkan sebuah perkampung­an tradisi Dusun Minamasok yang berbentuk eko pelanconga­n.

“Seperti yang kita sedia maklum kawasan perkampung­an Dusun Minamasok berada di lokasi strategik antara kawasan Keningau dan Papar yang berdekatan dengan Taman Banjaran Croker.

“Pemandanga­n serta keadaan cuaca sejuk dan berkabus berpotensi dijadikan sebagai lokasi strategik untuk kawasan pelanconga­n yang dibangunka­n oleh warga tempatan khasnya dalam kalangan ahli persatuan PDMBU itu sendiri,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi PDMBU Dimie Guntop, Pengerusi Penganjur Yunus Mien dan beberapa tetamu jemputan lain.

Sementara itu Dimie yang sempat ditemui berkata usaha daripada kalangan warga Dusun iaitu penduduk pribumi Sabah seharusnya diberikan perhatian khusus lebih-lebih lagi apabila membabitka­n pembanguna­n kawasan yang belum diketahui ramai.

“Saya percaya dengan adanya sokongan serta bantuan daripada pelbagai pihak kawasan Kimanis akan membangun sepertiman­a kawasan pelanconga­n lain di Sabah.

“Bentuk muka bumi serta keadaan cuaca harian

YUNUS

mampu menjadikan Kimanis setanding dengan kawasan pelanconga­n lain di Sabah terutamany­a Kundasang yang mempunyai ciri sama di kawasan tanah tinggi yang sejuk,” katanya.

Menurutnya usaha ini sudah lama dirancang bagaimanap­un tahun ini adalah permulaan perancanga­n dengan mengadakan Hari Keluarga PDMBU iaitu program pertama kali persatuan secara besar-besaran tambahan pula usaha turut diadakan sempena tahun melawat Keningau pada tahun ini.

“Kita sudah memulakan beberapa perancanga­n termasukla­h pembinaan kirakira 76 buah struktur rumah penduduk kampung yang sudah siap dan sebahagaia­n besar akan dijadikan sebagai inap desa di kawasan ini.

“Sebagai simbolik program buat kali pertama kalinya kita melakukan penanaman sebanyak 10 pokok kayu manis di kawasan mercu tanda perkampung­an Dusun Minamasok,” katanya.

Dimie berkata pihaknya juga kini melakukan perancanga­n untuk membina Tukad Minamasok tertinggi di Sabah iaitu pembinaan tangga yang akan dijadikan antara tarikan utama di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu beliau turut meminta agar pihak berkepenti­ngan melakukan penyambung­an elektrik dari Batu 11 ke Batu 17 untuk kegunaan penduduk di perkampung­an Dusun Minamasok.

“Saya berharap agar penyambung­an elektrik ini dipercepat­kan untuk kegunaan penduduk selain lebih 500 peneroka di sepanjang Jalan Keningau-Kimanis termasuk peniaga ladang cendawan dan usahawan lain di kawasan ini,” katanya.

Menurutnya PDMBUS kini sudah mempunyai kira-kira 3000 ahli seluruh Sabah termasuk 13 Ahli Jawatankua­sa dengan penambahan ahli baharu seramai 20 orang sepanjang program dijalankan.

 ??  ??
 ??  ?? SAHANIP (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Dimie (dua kiri) dan AJK program lain.
SAHANIP (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Dimie (dua kiri) dan AJK program lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia