Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik rugi hampir RM100,000

Kilang perabot berusia 38 tahun musnah terbakar

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pemilik kilang perabot yang terbakar di Batu 2 Jalan Apas, di sini pada Khamis, Ng Kin Foon, mendakwa terpaksa menanggung kerugian sekurang-kurangnya sebanyak RM100, 000.

Pemilik kilang perabot Rome Furniture itu berkata, banyak peralatan, perabot dan kenderaan yang berada di premis terbabit tidak dapat dikeluarka­n atau diselamatk­an.

“Saya menghadiri sebuah majlis sambutan Tahun Baharu Cina sebelum mendapat panggilan telefon daripada isteri yang mengatakan kilang kami dilanda kebakaran.

“Selepas itu, saya terus bergegas balik dan mendapati kilang ini sudah habis (hangus),” katanya, semasa ditemui di lokasi kejadian.

Foon berkata kebakaran disyaki bermula dari bilik di tingkat atas (kilang itu mempunyai enam buah bilik yang didiami oleh beliau sekeluarga dan pekerja-pekerjanya).

Menurutnya, kejadian terbabit mula disedari oleh salah seorang pembantu rumahnya dan ketika kebakaran berlaku, isterinya sedang mandi, mujur dapat menyelamat­kan diri.

“Kilang ini sudah 38 tahun, tapi apa boleh buat?,” katanya, sambil mengatakan tidak mengetahui punca kebakaran namun mengesyaki kemungkina­n akibat litar pintas.

Ketua Bomba Zon Tawau Penguasa Kanan Bomba II Ismaidi Ismail berkata kilang itu turut menempatka­n sebuah bengkel yang juga menyediaka­n alat ganti kenderaan.

“Kilang perabot adalah perniagaan utama mereka, namun di dalam premis ini juga terdapat bengkel yang diusahakan oleh anak pemilik kilang ini,” KOTAKINABA­LU: Orangramai dijemput untuk memeriahka­n sambutan Tahun Baharu Cina di pekarangan Kedai Foh Sang pada Sabtu ini, 3 Mac bermula jam 7.00 malam.

Acara ini merupakan anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan MCA Bahagian Kota Kinabalu yang akan dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Antara acara menarik pada katanya.

Ismaidi berkata bengkel itu juga musnah dan berdasarka­n soal-siasat bersama anak pemilik kilang, bomba diberitahu peralatan ‘sensitif api’ bengkel berjaya dikeluarka­n awal.

Mengulas lanjut, letupan besar yang berlaku ketika kebakaran terbabit, kemungkina­n besar datangnya daripada salah satu kenderaan (tangki minyak) milik mangsa.

“Bagaimanap­un, kita belum dapat memastikan jumlah sebenar kereta dan motosikal yang musnah di dalam kebakaran ini, sebelum siasatan penuh selesai dijalankan,” katanya.

Beliau berkata walaupun terdapat dakwaan yang mengatakan kebakaran berlaku dari salah sebuah bilik di kilang itu, namun bomba belum dapat mengesahka­nnya lagi.

Berikutan, siasatan unit forensik bomba masih lagi berjalan namun Ismaidi lega kerana kebakaran itu dapat dikawal sebelum merebak ke sebuah lagi bengkel bersebelah­an.

“Kita menerima panggilan pada jam 7.14 malam, dan operasi dikawal sepenuhnya pada jam 8.24 malam, melibatkan kekuatan seramai 48 anggota bomba termasuk dari Kunak.

“Terdapat tiga jentera, sebuah

“Saya menghadiri sebuah majlis sambutan Tahun Baharu Cina sebelum mendapat panggilan telefon daripada isteri yang mengatakan kilang kami dilanda kebakaran.

NG KIN FOON

malam tersebut adalah tarian singa, tarian tradisi Cina, persembaha­n nyanyian koir serta penyanyi dari China, Liuxinyu, penyanyi jazz tempatan, Joe Balanjiu Jr. dan ramai lagi.

Selain itu, peragaan Cheongsam juga akan diadakan yang akan turut menampilka­n pemenang Mrs Internatio­nal Global Classic 2018, Jennifer Chok Pian Lin dan pemenang World Qipao Pageant Classic Section 2018, Queenie Siak King Lang. Pemilik kilang perabot tangki, sebuah van penyiasat, dua utiliti dan sebuah lori digunakan, di dalam operasi memadam dan mengawal kebakaran di kilang ini,” katanya.

Turut membantu di lokasi kebakaran, polis (18 orang), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (lapan orang), Rela (lapan orang), Jabatan Air (dua orang) dan orang awam.

Menyentuh hal berkaitan, beliau berkata bomba berhadapan cabaran memadam kebakaran kerana berlaku di kawasan laluan sesak dan angin kencang bertiup.

“Bagaimanap­un, sumber air kita mencukupi yang diambil dari pili bomba dan sumber air terbuka iaitu anak sungai berhampira­n,” katanya.

Di samping itu, pihak penganjur juga ada menyediaka­n cabutan tiket bertuah kepada para pengunjung yang hadir pada malam tersebut. Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pengunjung yang bertuah.

Bagi memberikan laluan kepada acara ini, jalan masuk ke Kedai Foh Sang (di hadapan Jalan Rumah Kedai Golden City) akan ditutup pada 3 Mac bermula jam 12 tengah hari sehingga acara selesai.

 ??  ?? SEORANG pemuda melintas di hadapan premis yang dilanda kebakaran.
SEORANG pemuda melintas di hadapan premis yang dilanda kebakaran.
 ??  ?? ORANG awam turut membantu mangsa mengeluark­an kereta dari dalam premis yang terbakar.
ORANG awam turut membantu mangsa mengeluark­an kereta dari dalam premis yang terbakar.
 ??  ?? FOON (dua kanan) ditemurama­h oleh wartawan semasa ditemui di lokasi kejadian.
FOON (dua kanan) ditemurama­h oleh wartawan semasa ditemui di lokasi kejadian.
 ??  ?? ISMAIDI menjawab soalan pemberita pada sidang media.
ISMAIDI menjawab soalan pemberita pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia