Utusan Borneo (Sabah)

Dibaba rangkul kejuaraan tertutup dunia kali keempat

-

BIRMINGHAM: Pemegang rekod bersiri dari Habsyah, Genzebe Dibaba, memenangi kejuaraan tertutup dunia keempat berturut-turut apabila dia mencatatka­n kemenangan dalam acara 3,000 meter di Birmingham kelmarin.

Dalam malam pembukaan balapan dan padang yang tidak dapat dilupakan bagi atlet Rusia yang dibenarkan untuk bertanding sebagai atlet berkecuali ekoran skandal doping yang telah menyelubun­gi negara mereka, Danil Lysenko dan Mariya Lasitskene yang tidak dapat ditewaskan memenangi pingat emas masing-masing dalam pertanding­an lompat tinggi lelaki dan wanita.

Dibaba datang ke Birmingham sebagai juara tertutup berganda dalam acara 3,000 meter dan turut memenangi acara 1,500 meter di Istanbul pada 2012.

Atlet pilihan berusia 27 tahun itu tidak membuat kesilapan di Arena Birmingham, memecut sekeliling balapan biru untuk kemenangan ketiga yang luar biasa bagi atlet Habsyah dalam sembilan acara 3,000 meter tertutup dunia terakhir, dengan hanya Hellen Obiri dari Kenya sahaja satusatuny­a tompok pada 2012.

Obiri, pemenang pingat emas dalam acara 5,000 meter terbuka dunia yang memenangi pingat perak dalam jarak tersebut di Olimpik Rio dan turut memenangi pingat gangsa dalam acara 1,500 meter di kejohanan dunia pada 2013 di Moscow, hanya dapat menduduki tempat keempat sahaja pada kali ini.

“Saya sangat gembira untuk menjadi juara 3,000 meter tertutup buat kali ketiga. Hari ini adalah untuk saya dan negara saya,” kata Dibaba.

“Ia adalah perlumbaan taktikal dan saya mengawal semua pesaing saya. Dengan 1,000 meter lagi berbaki, semua mereka berlari dengan sangat kuat dan pada waktu itu, saya terpaksa memecut dan memenangi perlumbaan.”

Harapan British disandarka­n kepada juara tertutup Eropah, Laura Muir dan Eilish McColgan, anak kepada Liz yang memenangi pingat perak pada 1989. Pada akhirnya Muir bertahan untuk memenangi pingat gangsa, ping global pertama baginya. Diba- ba, pemegang rekod dunia sekarang dalam acara 1,500 meter (baik tertutup mahupun terbuka), 2,000 meter tertutup, 3,000 meter tertutup, 5,000 meter tertutup, jarak sebatu tertutup, dan jarak dua batu tertutup, berpuas hati untuk berlari di belakang sementara Muir berlari di hadapan pada peringkat awal.

Pada pertengaha­n perlumbaan 15 pusingan di litar 200 meter itu, atlet Jerman Konstanze Klosterhal­fen meluru ke depan, dan Dibaba bergerak dengan mudah untuk memintas pelari lain dan menduduki tempat kedua, diikuti rapat oleh Obiri.

Tiga pusingan kemudian, Dibaba membuka langkah ketika pelari mula berpecah, dengan pelari Belanda kelahiran Habsyah, Sifan Hassan, yang terus menyertai barisan di hadapan.

Jarak 400 meter terakhir menyaksika­n Dibaba memecut, Hassan di tempat kedua di hadapan Muir manakala Obiri bergelut.

Dibaba seakan-akan memperlaha­nkan rentak sedikit pada pusingan terakhir tetapi bertahan untuk mencatatka­n kemenangan dalam masa 8 minit 45.05 saat, dan Hassan dengan bijak melintasi lorong untuk menafikan Muir.

Acara lompat tinggi lelaki menyaksika­n ulangan pertanding­an terbuka dunia di London apabila atlet Qatar, Mutaz Essa Barshim, yang menang di ibu kota Britain pada musim panas lalu, berdepan dengan Lysenko.

Barshim melakukan empat lompatan sempurna sebelum dia gagal tiga kali pada ketinggian 2.36 meter, untuk membuka jendela bagi Lysenko, 20.

Atlet Rusia itu melepasi palang pada cubaan ketiga untuk ketinggian 2.36 meter bagi memastikan Barshim tidak merampas semula kejuaraan tertutup dunia yang dia menangi pada 2014.

Mateusz Przybylko dari Jerman memenangi pingat gangsa dengan ketinggian 2.29 meter.

“Sejujurnya saya tidak menjangka untuk memenangi acara ini,” kata Lysenko. “Saya hanya cuba sedaya upaya hingga ke akhir pertanding­an.”

Barshim menambah: “Saya gembira dengan pingat ini tetapi tidak begitu gembira dengan keputusann­ya.”

Kejuaraan kedua yang dimenangi atlet berkecuali Rusia adalah dalam acara lompat tinggi wanita apabila Lasitskene memenangi semula kejuaraan dunia yang dia kongsi bersama pada 2014 di bawah nama keluargany­a Kucina.

Lasitskene melepasi ketinggian 2.01 meter untuk kemenangan ke-38 berturuttu­rut dalam pertanding­an itu, satu rekod menakjubka­n yang bermula pada 2016.

Dia juga nyaris mencipta rekod kejuaraan 2.07 meter tetapi gagal selepas tiga cubaan.

Juara dunia bertahan Vashti Cunningham dari Amerika Syarikat memenangi pingat perak dalam kiraan balik dari atlet Itali Alessia Trost selepas kedua-dua atlet melepasi 1.93 meter. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia